Profil tebal pipi

Ciri-ciri fizikal tebal pipi adalah mempunyai dua tulang tebal pada bahagian pipi. Sirip pektoral berbentuk cembung dengan warna kekuningan pada bahagian sirip dorsal dan hujung ekor.

Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang.

Diet utamanya sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil dan perumpun.

Habitatnya di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter.

Taburannya kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.

 

Ketahui Perbezaan Antara Tebal Pipi & Gerut-Gerut!!

 

Profil gegerut:

Ciri-ciri fizikalnya mempunyai bahagian kepala agak keras, sirip-sirip cembung, pada bahagian atas  berwarna silver/putih pada badan dan sirip.

Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.

Diet utamanya perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk. Habitat di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.

Taburan kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.

 

IKLAN

Perbezaan gegerut dan tebal pipi

 

Tebal pipi, satu nama spesies yang jarang didengari dikalangan pemancing pantai timur. Sebelum melihat dengan sendiri, sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai tebal di bahagian pipi.

Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang gemuk seperti ikan buntal sehinggalah melihatnya sendiri.

 

Ketahui Perbezaan Antara Tebal Pipi & Gerut-Gerut!!

 

Tebal muka istilah yang biasa diperkatakan, namun tiada istilah tebal pipi. Tebal pipi biasanya dipanggil  ‘tembam’ atau pipi yang montel.

Kerana pipilah ikan ini dapat nama. Keluarga yang sama dengan sepupu rapat iaitu gegerut.

 

Perbezaan yang paling ketara tebal pipi dan gegerut ialah bahagian pipi dan warna sirip serta ridip.

IKLAN

Namun kedua-duanya mempunyai tabiat yang sama iaitu mengeluarkan bunyi ‘grooot grooot’ atau anda sendiri pernah mendengarnya apabila dinaikan.

Tapi hanya gegerut yang dahulu tempah nama ini ‘groot’ sehingga sekarang. Dapat nama dari bunyi.

 

Gerut-gerut atau gegerut mempunyai bahagian sekata dimuka, pipi dekat bahagian insang rata dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver),

warna tompok-tompok hitam di atas garisan hidup dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.

 

Ketahui Perbezaan Antara Tebal Pipi & Gerut-Gerut!!
gegerut

 

Manakala tebal pipi mempunyai bahagian insang membengkak dan tulang pipi menonjol keluar, badan berwarna silver dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip, ridip dan ekor.

Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai tompok-tompok bintik hitam di bahagian atas serta badannya lebih gempal dari gerut-gerut.

Namun kedua-dua jenis spesies ini mempunyai habitat dan diet yang hampir sama.

IKLAN

 

Mungkin gerut-gerut mudah diperolehi oleh pemancing berbanding dengan tebal pipi (perangkaan saya 20 gegerut dan 1 tebal pipi).

Ini adalah kerana gegerut mempunyai 3 jenis yang berlainan sedikit walaupun bentuk hampir sama dan bilangan lebih banyak dari tebal pipi.

 

Namun saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500 gram.

Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di perairan yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau pesisiran pantai serta laut bebas.

 

Ketahui Perbezaan Antara Tebal Pipi & Gerut-Gerut!!

 

 

baca juga Tip Terbaik Memancing Tebal Pipi Kong Kong

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI