Nama penuh: Mohd Zairul Bin Abd Rahim

Nama FB: Wak Zairul

Usia: 43 tahun

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?

WAK ZAIRUL: Saya mula memancing sejak kecil semasa dalam sekolah rendah. Masa tu ikut abang dan ayah memancing ikan darat seperti puyu, keli, limbat, haruan dan lain-lain spesies.

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

UMPAN: Sejak bila terlibat dengan memancing udang galah?

WAK ZAIRUL: Saya mula terlibat dalam pancingan udang galah dalam usia 12 tahun. Masa tu ikut abang saya memancing udang galah dengan menggunakan perahu.

Memancing udang galah ketika itu hanyalah berdayung menggunakan perahu kayu di Kg. Sg. Muar, Johor.

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

IKLAN

UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang berbanding ikan?

WAK ZAIRUL: Apa yang membuatkan saya seronok memancing udang galah berbanding ikan adalah tekanan-tekanan padu pada joran ultralight.

Apabila terkena udang yang bersaiz kasar atau jenggo, dia punya karan tak sama macam layan ikan. Udang galah juga sedap dimakan dan berharga tinggi dipasaran…

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

WAK ZAIRUL: Rintangan yang perlu dihadapi semasa memancing udang galah ni… sanggup berpanas atau berhujan di tengah sungai.

Rintangan lain seperti bot bocor terlanggar tunggul kayu di tengah sungai atau dilanggar balak atau rumpun nipah hanyut semasa bersauh.

Harapan saya dalam meneruskan hobi ini… semoga sungai-sungai di Malaysia bebas dari pencemaran.

Janganlah sungai diracun untuk mengaut keuntungan sekelip mata. Semoga anak cucu kita dapat merasai tarikan udang galah pada masa akan datang.

IKLAN

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?

WAK ZAIRUL: Pengalaman manis saya dalam pancing udang bila dapat mendaratkan udang bersaiz jenggo dalam jumlah yang banyak.

Pengalaman pahit pula seperti kena serangan lebah, terjumpa ular tedung dan sang bedal melintas depan perahu.

Tarik sauh yang sangkut kuat dan bot nyaris karam juga merupakan pengalaman pahit.

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

IKLAN

UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?

WAK ZAIRUL: Pencapaian tertinggi yang pernah saya perolehi dalam memancing udang galah… saya pernah memenangi beberapa kategori dalam pertandingan memancing udang

galah yang diadakan setiap tahun oleh kelab-kelab pemancing udang galah di selatan tanah air.

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

 

UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?

WAK ZAIRUL: Lokasi utama memancing udang galah di selatan tanah air seperti Sg. Muar (dari Bukit Kepong hingga Bukit Treh).

Sg. Endau / Sembrong (dari Sendohok hingga Semaloi). Sg. Mawai (dari  Batu 18 hingga Kg. Padang). Sg. Telur dan Sg. Benut juga tidak terkecuali.

Umpan yang biasa digunakan seperti cacing tanah, ruat pasir, umpun-umpun, anak udang, ikan gapi, atau jantung ayam.

Joran yang biasa saya gunakan adalah jenis mudah lentur di hujung atau ultralight. Panjang joran antara 5-7kaki.

Saiz batu hidup no. 5-8 mengikut kesesuaian arus. Mata kail bentuk J saiz 1-3 sudah memadai. Perambut saiz 6-10lb adalah yg terbaik.

Panjang perambut sekaki sudah mencukupi. Ada juga pemancing menggunakan perambut panjang sejengkal hingga sedepa. Ini mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing.

 

Wak Zairul – Masta Otai Jenggo Selatan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI