Terlebih dahulu ambil belacan dan bakar dengan api kecil. Boleh juga guna penyepit dan bakar secara langsung ke atas api atau gunakan tudung periuk sebagai lapik. Bakar jangan sampai hangus pulak… agak-agak je la.

 

Potong sotong secara memanjang, saiz tak kisah…ikut selera pemancing dan saiz sotong. Kalau sotong cumit saiz kurang sejengkal biasanya potong 4 saja.

 

Selepas siap susun kepingan tadi atas kertas suratkhabar untuk buang air dalam isi sotong. Tak perlu kering sgt. Atau boleh juga mengelapnya dengan kertas tisu. Tapi tidak perlu dicuci sotong terlebih dahulu.

 

 

IKLAN

 

Selepas itu sediakan satu mangkuk plastik atau bekas kedap udara dan tabur belacan untuk lapisan pertama. Tidak perlu tabur banyak sangat, memadai sajalah.

 

 

IKLAN

Setelah itu susun isi sotong tadi secara memanjang atas lapisan belacan tadi dan ulang proses yang sama sehingga selesai. Tabur ikut selera pemancing. Kalau nak lagi power belacan kasi lebih.

 

 

 

IKLAN

Tutup mangkuk dengan kemas dan ketat lepas tu bungkus dengan plastik dan ikat ketat-ketat. Atau boleh juga simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. Perap dalam masa sekurang-kurangnya 24jam sebelum menggunakannya.

 

 

Tip tambahan:

 

Umpan ini hanya sesuai digunakan sekali saja. Oleh itu buat anggaran banyak mana nak guna sebelum menghasilkannya.

Selain sotong, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan belanak, selayang atau tamban.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI