Blue sapphire nymph adalah nymph kegemaran saya. Setiap kali ada aktiviti pancing layang, saya akan pastikan pattern ni sentiasa dibawa.
Jika kekurangan dalam fly box, saya juga dengan pantas akan penuhkan kembali pattern ini kerana pattern blue sapphire nymph ini paling banyak ‘membunuh’ setiap kali saya turun memancing.
Saya ingin kongsikan rahsia bahan penting untuk mencipta pattern jenis ini dan cara-cara untuk mengikat pattern blue sapphire nymph.
ALATAN DAN BAHAN -BAHAN
1- Vice
2- Dubbing material brown
3- Mustad hook #10
4- Bobbin holder and black Thread
5- Whip finishing
6- Copper wire medium saiz
7- Fish skin imitation
8- Peacock herl
9- Pheasant tail
10- UV clear finish
11- UV torch light
Cara 1
Masukkan bead head dan mulakan ikatan.
Cara 2
Ambil copper wire dan ikatkan sehingga ke bahagian belakang.
Cara 3
Potong pheasant tail secubit dan ikat untuk jadikan ekor.
Cara 4
Potong fish skin dlm anggaran 3 mm dan ikat daripada bahagian belakang.
Cara 5
Gulungkan dubbing material di benang dan lilitkan sehingga ke bahagian depan.
Cara 6
Ambil 2 helai peacockherl dan ikatkan di bahagian ekor.
Cara 7
Lilitkan peacock herl dan potong lebihannya dengan kemas.
Cara 8
Warnakan bahagian bawah fish skin tadi dengan marker pen berwarna hitam.
Cara 9
Bawa fish skin tadi ke hadapan dan lilitkan copper wire sampai bahagian tengah body.
Cara 10
Ambil lagi phesantail dan ikat seperti dalam gambar rajah.
Cara 11
Lilit sedikit dubbing berwarna brown dan lilitkan untuk menjadikan thorax.
Cara 12
Tarik sekali fish skin dan phesantail ke bahagian hadapan dan ikat serta potong bahagian lebihan.
Cara 13
Buat ikatan terakhir dan ulang sebanyak 3 kali untuk lebih kukuh.
Cara 14
Titiskan UV clear finish untuk menghasilkan thorax cover.
Cara 15
Suluh menggunakan lampu UV untuk keringkan dan jemur di sinar matahari untuk lebih kukuh.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dalam pancingan ikan tongkol ini, mengolok tongkol adalah perbuatan menunda umpan (apolo) bagi menjerat ikan tongkol.
Mata apolo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol. Saiz mata yang digunakan sekitar pada saiz 10-15. Anak perambut disyorkan 40-60lb setiap satu diikat pada ibu perambut 100-200Ib. Tali perambut 300lb untuk tali utama.
Jika lebih dari 20 ekor tongkol menyambar dalam satu-satu masa, 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik kumpulan tongkol yang tersangkut pada mata apolo tersebut.
Selain itu apolo yang dijual (maksimum 6 mata) boleh digunakan dengan syarat perambut tersebut mestilah melebihi 30lb. Warna bulu yang digunakan untuk membuat apolo tongkol biasanya warna putih (warna bilis) dan sekarang ini warna putih, kuning dan merah turut digunakan.
Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ikan-ikan tongkol yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan tongkol mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan tongkol.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan kitang bergerak dalam kumpulan kecil. Ia boleh dijumpai bersama-sama dengan ikan buntal sungai, anak todak dan ikan-ikan pelagik yang turut mendiami muara sungai.
Ikan jenis lebar ini apabila menelan umpan, pertarungan sungguh menyeronokkan lebih-lebih lagi peralatan pancing adalah jenis aksi ringan dan beradu di kawasan terbuka.
Kitang adalah salah satu spesies yang boleh memberikan kepuasan. Ia cukup pada larian serta tekanan yang diberikan ketika merentang badan (mereng) boleh membuatkan riak wajah pemancing ceria, senyum kemerahan di tengah panas.
Secara amnya teknik memancing ikan kitang adalah lebih kurang sama seperti ikan bermulut kecil yang lain. Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama. Cara terbaik, mudah dan dipraktik dengan meluas teknik perambut apollo.
Di antara umpan yang biasa saya gunakan ketika memancing ialah perumpun atau ruat sarang, hirisan ikan seperti sotong pasar, kembung, selayang dan selar. Udang mati dihiris kecil sesuai untuk mata kail halus.
Jangan terlalu besar umpan sebab lihat saja mulutnya mana mampu makanan di telan. Ia spesies ikan pengutis makanan. Jika air cetek umpan boleh dilabuh terus ke dasar dan kawasan air dalam boleh guna pelampung atau hanyutkan umpan di permukaan air.
Kitang seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah perambut stail apollo yang memiliki perambut 10-15lb dengan mata kail saiz 8.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk meningkat selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air. Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah menggunakan dedak.
Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil di hulur di kawasan yang dikerumuni ikan ini.
Ikan kitang seperti ikan muara bermulut bukanlah ikan idaman oleh hampir semua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing.
Jika berhajat menggunakan set apollo lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut. Setelah saiz mata dipilih, perambut 15lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.
Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Kalau nak ummp lagi guna peralatan ultra light (aksi ringan seperti joran udang) dengan kapasiti tangsi 6lb. Baru syok layan kitang apabila ia rembat pancing kecil anda sampai berdenyut rasanya bertarung.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...