Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah.

Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.

 

Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesebuah lokasi.

Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?

 

Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.

Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.

 

IKLAN

Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.

 

Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.

Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.

 

Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

IKLAN

Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.

 

Cara kiraan

(Batu Nautika  –   Kilometer)

1 – 1.852

10 – 18.52

IKLAN

20 – 37.04

30 – 55.56

 

Bagaimana Nak Kira Jarak (Batu Nautika) & Kelajuan Bot (Knots) Dalam Sistem Matrik

baca juga Jadual pasang surut, arus dan waktu ikan aktif

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI