Tak perlu susah-susah cari cangkul, apatah lagi terpaksa ke kedai hardware semata-mata untuk membeli cangkul untuk mencari cacing. Memadai hanya menggunakan garam kasar dan melarutkannya di dalam sahaja!

 

Bahan-bahan

  • Garam kasar
  • Air

 

Cara Penyediaan & Penggunaan

 

Langkah 1

Larutkan garam kasar dengan air. Terpulang sama ada untuk memanaskan air supaya garam cepat larut atau sekadar mengacaunya. Yang penting dapatkan larutan air garam yang pekat tahap kemasinannya.

 

 

Langkah 2

Bawa bekas berisi air larutan garam tersebut ke lokasi mencari cacing. Lazimnya kewujudan cacing di sesuatu lokasi dapat dilihat dengan tahi-tahinya yang melata di atas permukaan tanah.

Macamana nak kenal kenal tahi cacing tu amatlah sukar untuk kami ceritakan.

 

 

Langkah 3

Curahkan sedikit iaitu sekadar bagi air larutan garam dapat meresap masuk ke dalam lubang-lubang yang digali oleh cacing.

Kemudian curahkan ke lokasi lain pula. Biarkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat hasinya.

 

 

Langkah 4

Jika kawasan tersebut terdapat cacing, pasti berbondong-bondong cacing akan keluar ke permukaan tanah akibat kesan larutan garam tersebut.

Sebelum ia menggali masuk ke dalam tanah yang lain, maka perlu pantas untuk mengutip cacing-cacing tersebut.

 

 

* Nota Tambahan

 

Korang tak perlu bawa cangkul jika ada trip memancing dan camping di dalam huta. Memadai hanya membawa larutan garam atau garam kasar sahaja untuk mencari cacing sebagai umpan di dalam hutan.

 

Masukkan kembali cacing yang diperoleh ke dalam bekas yang berisi tanah yang bebas dari terkena air garam. Sebaiknya tanah yang cukup banyak untuk membolehkan cacing tersebut kembali cergas.

(kredit FB Faisol Batuarang)