Homer Rhodes Loop ini merupakan salah satu ikatan untuk menghasilkan simpulan yang kemas dan kukuh.

Dengan simpulan itu boleh pula digunakan untuk mengikat mata kail khususnya untuk pancingan menggunakan umpan ikan hidup.

Ikatan ini menggunakan perambut dan mata tetapi dalam perkongsian ini kami gunakan kevlar supaya imej dapat dilihat dengan lebih jelas.

 

Langkah 1

Buatkan satu simpulan (tanpa diketatkan) kira-kira sejengkal daripada hujung tali perambut.

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

 

Langkah 2

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin (tidak kisah melalui bahagian belakang atau hadapan lubang cincin mata kail).

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

IKLAN

 

Langkah 3

Kemudian masukkan pula hujung tali perambut ke dalam simpulan yang dihasil tadi.

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

 

Langkah 4

Setelah melalui simpulan, lingkarkan pula hujung tali ke bahagian atas tali utama dan kemudian selitkan ke bahagian tengah antara dua tali tersebut.

IKLAN

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

 

Langkah 5

Ketatkan simpulan pertama dahulu perlahan-lahan kemudian barulah ketatkan simpulan kedua yang baru dihasilkan.

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

 

Langkah 6

IKLAN

Beginilah hasilkan ikatan yang telah dihasilkan. Bahagian hujung lebihan tali itu bolehlah dipotong dan dibakar sedikit hujungnya (jika perlu).

Umpan T&T – Homer Rhodes Loop

 

Video Tutorial

 

 

** jangan lupa subscribe Youtube Majalah Umpan

 

video tutorial ikatan lain

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI