Kebanyakan pantang larang melibatkan aktiviti memancing ini diwarisi oleh pemancing masa kini dari pemancing terdahulu.

Walaupun ada pantang larang yang kedengaran agak wajar, namun bukan sedikit yang sekali dengar saja dah nampak mengarut.

Apa kata kita kaji balik pantang larang ini dan pertimbang dengan waras akal agar tidak jauh terpesong.

 

JANGAN LETAK SET PANCING SEBELAH TONG SAMPAH… NANTI KUMPAU!

Admin langsung tidak nampak apa kaitan kumpau dengan meletakkan barang pancing bersebelahan dengan tong sampah.

Lainlah kalau letak dalam tong sampah dan dah  bukan lagi kumpau, tapi langsung tak boleh nak memancing kalau sampah tu dah dipungut oleh lori sampah.

Wacana: Pantang larang memancing – logik ke merapu??

 

JANGAN GUNA UMPAN BANCUHAN KUNYIT DAN TEPUNG… NANTI BUAYA MENGAMUK!

Katanya, jika di sungai yang dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh mengamuk?

Admin tak berani jugak nak komen… hahaha. Ada ke sesiapa yang boleh sahkan buaya tak suka bau kunyit?

 

KEPAL TANAH JIKA TERSESAT DI HUTAN

Jika tersesat di dalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, ada petua yang agak misteri iaitu dengan cara telanjang dan buang air kecil.

IKLAN

Selepas itu, ambil tanah di antara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Khabarnya jalan pulang akan ditemui.

Macam baik punya kencing je ni. Hehehehe… korang pernah buat ke?

 

JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU KASUT ATAS BOT

Ada juga beranggapan benda-benda di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor.

Kalau inilah sebabnya, admin rasa dah jauh sangat mengarutnya. Kalau ada yang buat pantang larang macam ni elok dengan dia sekali dihumban ke dalam air.

Boleh ke korang berkaki ayam pijak lantai bot di waktu panas terik?

Wacana: Pantang larang memancing – logik ke merapu??

 

MELUDAH UMPAN SEBELUM BUAT BALINGAN… BARU ADA ONG!

IKLAN

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama di dalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru.

Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang. Admin tak kisah pun… asal jangan meludah time ada kat sebelah je.

 

 

JANGAN BERPATAH BALIK JIKA TERTINGGAL BARANG… NANTI KUMPAU!

Dilarang patah balik ke rumah sekiranya ada tertinggal barang. Ada yang beranggapan akan berlaku perkara tidak baik dan juga tidak akan dapat hasil tangkapan.

Admin pun tak faham benda macam ni pun ada yang percaya. Kalau korang tertinggal paspot nak pergi memancing oversea, takkan tak nak berpatah balik kot?

 

JANGAN LANGKAH JORAN… NANTI KUMPAU!

IKLAN

Admin percaya masih ramai yang berpegang pada pantang larang mengarut ni. Tak habis-habis dengan masalah kumpau.

Apa pun memang tak bagus langkah joran apatah lagi joran member yang mahal harganya. Buatnya terpijak, tak ke termenung nak bayar ganti).

 

JANGAN TEGUR KALAU TERNAMPAK BENDA-BENDA PELIK

Yang ni admin setuju sangat la… hahaha. Kalau terhidu benda wangi atau nampak api terbang ke bunyi mengilai ke… diam-diam sudah.

Kalau tak tahan, cabut je jangan cakap banyak. Kalau nak cabut tu jangan cabut seorang diri je, ajak la rakan sekali walaupun dia tak nampak apa-apa.

 

JANGAN BASUH TANGAN KAT DALAM AIR TEMPAT MEMANCING

Admin rasa kena tengok tempat jugalah. Kalau memancing kat kolam, takkan tak boleh basuh tangan guna air kolam tu.

Kalau memancing kat parit yang airnya macam longkang, admin pun tak nak basuh tangan.

 

JANGAN POTONG TALI PANCING GUNA GIGI

Admin rasa pantang larang ni direka oleh pemancing yang kerjayanya ialah doktor gigi kerana sebab kenapa tak boleh potong tali pancing dengan gigi tak dinyatakan.

Dari aspek kesihatan memang tak bagus gigit tali pancing ni apatah lagi kalau gigit tali sulam.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI