Pelbagai jenis perambut digunakan oleh kaki pancing adalah.

Kegunaan jenis-jenis perambut dipengaruhi beberapa faktor tertentu seperti spot memancing, spesies ikan yang ditangkap, waktu memancing, keadaan kejernihan dan arus air serta banyak lagi.

Jom, tengok apa yang mempengaruhi penggunaan perambut.

 

Karang atau lokasi memancing yang cenderung untuk tersangkut

 

Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup.

Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu dan pin apabila perambut putus.

Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus.

 

Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul.

Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kirang daripada 1m bagi mengelakkan tali tersimpul.

IKLAN

 

Spesies ikan sasaran

 

Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘flooting’ jika arus perlahan.

Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa lebih.

Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah ‘bottom’.

 

Waktu Memancing

IKLAN

 

Jika memancing waktu siang, gunakan ‘leader’ bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan.

Seandainya memancing pada waktu malam, perambut kasar boleh digunakan.

 

Kejernihan air

 

Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan.

IKLAN

Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1m sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik.

Setakat umpan biasa-biasa (mati), ikan takkan layan punya!

 

Itu cerita air jernih, kalau keruh? Jika air kelihata keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan.

Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.

 

Faktor arus

 

Arus laju, gunakan perambut panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang.

Arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul di bawah.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI