Scomberoidinae terdiri daripada 3 genera dan 10 spesies ikan queenfish (leatherjacket) atau ikan talang.

Penjelasan ini bermaksud, ikan talang bukanlah hanya satu spesies sahaja tapi ada 10 spesies ikan talang!

 

Untuk membezakan 10 spesies talang ini bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi untuk menyusun 10 spesies ikan ini dan merakam fotonya pada satu masa.

Malah, ramai di antara pemancing yang menyangkakan hanya ada satu sahaja spesies talang.

 

Untuk maklumat anda semua, di sini kami senarai 3 spesies talang yang popular dan terdapat di perairan negara kita.

 

SPESIES 1

Nama saintifik: Scomberoides commersonnianus

Nama Inggeris : Talang Queenfish, Leatherskin

Nama tempatan : Talang bongkok, talang lima jari

Saiz : Maksimum 120 cm, spesimen yang biasa ditemui 75 cm hingga 80 cm.

Berat: 16 kg pernah direkodkan.

 

 

SPESIES 2

Nama saintifik: Scomberoides tala

Nama Inggeris: Barred queenfish

Nama tempatan: Talang-talang, talang padi

Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 75 cm.

Berat: Tiada direkodkan.

 

 

SPESIES 3

Nama saintifik: Scomberoides tol

Nama Inggeris: Needlescaled queenfish

Nama tempatan: Talang-talang, seliat, talang lampai

Saiz: Maksimum sehingga 60 cm, biasa ditemui 40 cm.

Berat: Sekitar 500 gm

 

Tinggalkan Komen