Wotta Frog 

Merupakan gewang kayu juga daripada Paw Paw Bait Co. sekitar 1930-an hingga awal 1960-an. Kemasan ‘wotta frog splatter’ pada badannya merupakan antara faktor unik dalam industri.

Juga mempunyai kaki jointed dan mata menjengil yang juga menjadi faktor kepada pengumpul.

 

 The “Punkinseed” 

Salah satu gewang terkenal daripada Heddon. Gewang kayu ini membuat debut dalam industri lewat 1930-an dengan siri 740, sebelum diikuti siri 730 yang lebih kecil.

Ukiran bibir seakan tersenyum dan bentuk yang comel menjadi antara faktor utama kepada para pengumpul gewang antik.

 

The Thoren Minnow Chaser 

Dihasilkan oleh A.H. Thoren sekitar 1940 untuk menyerupai aksi seekor ikan yang mengejar ikan lain.

Gewang kayu ini juga mempunyai sistem mekanikal daripada steel untuk memberikan aksi renangan sebenar.

 

IKLAN

Klipon Lure 

Hasil seni yang tersendiri daripada kemasan warna gewang yang digelar Klipon ini. Dibuat sekitar 1930- an oleh Green-Wyle Co., Klipon merupakan gewang kayu dengan mata kaca dan datang dengan beberapa bentuk dan kemasan yang sangat unik.

 

Creek Chub

Beberapa dekad lamanya, Creek Chub Wigglefish dipasarkan sebagai gewang yang digunakan oleh George W. Perry untuk mendaratkan largemouth bass seberat 22lb pada tahun 1932.

Namun, dalam satu temu ramah audio pada 1973, George Perry membuat pengakuan bahawa gewang yang mendaratkan ikan tersebut ialah model Creek Chub yang lain iaitu Fintail Shiner.

 

The Neon Fire Fly

IKLAN

Sekitar 1930-an, St. Croix Bait Co. telah menghasilkan gewang Neon Fire Fly yang mempunyai satu ruang lutsinar.

Ruang ini diisi dengan cecair merkuri untuk menjadikan gewang ini bercahaya. Inovasi yang menarik namun penghasilan gewang ini agak singkat kerana memberi kesan buruk kepada persekitaran lebih-lebih lagi jika gewang ini putus ketika beraksi.

 

Live Act ion Frog 

Apa yang menjadikan gewang daripada Action Frog Corp. ini di kalangan pengumpul ialah system mekanikalnya.

Dibuat pada lewat 1940-an, gewang katak ini dilengkapi dengan propeller 4 bilah yang dilindungi oleh besi seakan pelekap gigi.

Apabila dikarau, propeller ini menjadi ‘driveshaft’ yang membuatkan kakinya menendang air seperti katak sebenar.

 

IKLAN

Pixie Minnow 

Pixie Minnow bermula sekitar 1919 dan seterusnya mengalami evolusi saiz dan spesies target. Walaupun pelbagai kemasan warna, bentuk badannya kekal sama.

Seterusnya gewang ini digelar ‘Famous Pixie Minnow’ kerana memang gewang ini cukup terkenal hingga hari ini.

 

 Shakespeare Revolution Bait 

William Shakespeare menawarkan gewang ini di pasaran sekitar 1900-an. Gewang ini dianggap pencetus revolusi gewang buatan kerana dibuat daripada aluminium tetapi merupakan gewang permukaan.

Tambahan lagi, pada era tersebut kebanyakan gewang yang dihasilkan merupakan gewang selaman.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI