Penggunaan bendera

 

Boleh dikatakan kebanyakan bot-bot besar (terutama bot persiaran) telah siap menyediakan bendera yang membawa maksud isyarat yang tertentu.

Bagi bot-bot besar, penggunaan bendera ini amat penting terutama untuk berkomunikasi dengan bot sekitar bila berlaku sebarang kecemasan.

 

Anda boleh rujuk International Code Flags and Pennants, yang mana ia menunjukkan jenis bendera dan maksud bagi setiap bendera.

Sebagai contoh bendera KILO, yang membawa maksud ingin berkomunikasi. Jika bot anda mengalami masalah, anda boleh gantungkan bendera ini pada bot anda bagi membolehkan bot yang ada di sekitar menyedari anda.

 

IKLAN

Mungkin selepas ini bagi pengusaha bot ataupun pemancing yang sering turun ke laut boleh bersiap sedia dengan beberapa bendera yang mudah untuk disediakan dan simpan di kotak memancing laut dalam anda untuk di gunakan di waktu kecemasan.

 

Gerakan bendera

 

Terdapat satu lagi jenis bahasa isyarat yang boleh digunakan ketika kecemasan. Bahasa ini memerlukan 2 bendera.

IKLAN

Ia perlu digerakkan mengikut pergerakan tertentu (rujuk gambar The Semaphore Alphabet and The International Morse Code).

Jadi, jika anda mempunyai bendera kilo di atas dan ada kapal yang ingin berkomunikasi dengan anda. Anda boleh membalas menggunakan bahasa kedua ini.

 

Jika berada di laut adalah penting juga untuk anda sekurang-kurangnya hafal isyarat S-O-S (Save Our Soul).

Isyarat ini sangat penting ketika berlaku kecemasan, dan isyarat S-O-S ini paling di ketahui ramai kerana ia menggunakan bahasa kod Morse.

IKLAN

Jika anda menggunakan lampu suluh, isyaratnya adalah 3 kali suluhan pendek, kemudian 3 kali suluhan panjang, kemudian 3 kali suluhan pendek.

 

Pentingnya Fahami Bahasa Isyarat Kecemasan Di Laut!!

baca juga Wacana: Gantung Joran Selepas kahwin?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI