Umpan Tepung Minyak Badam

829

 

Ambil tepung serbaguna atau tepung gandum tu, campur sedikit dengan bahan perisa atau bau-bauan, kemudian campur pulak minyak masak… gentel-gentel sikit kemudian cangkuk pada mata kail dah boleh dijadikan umpan memancing. Tak percaya? Ini kami tunjukkan cara-caranya.

Bahan-Bahan keperluan:

  • Perisa Pandan Papa Paste
  • Perisa Durian Wangi Papa Paste
  • Almond Oil papa paste
  • Minyak masak
  • Tepung gandum
bahan-bahan keperluan

Cara penyediaan umpan

Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan. Tuangkan 25 ml minyak masak, 100 ml almond oil atau minyak badam, 2 penutup botol perisa pandan dan 1 penutup perisa durian wangi.

Gaul atau uli campuran ini sehingga menjadi doh yang sesuai dikepal. Sekiranya menyukai doh yang lembut, anda boleh tambahkan minyak atau tepung jika menyukai doh yang lebih keras.

masukkan tepung dahulu
sukat bahan untuk digunakan

Cara penggunaan umpan

Terlebih dahulu cucuk mata kail (perambut dua mata kail) dengan jajan atau keropok jagung yang lemau.

doh umpan yang sesuai digunakan

Balut atau kepal umpan tepung pada mata kail mengikut saiz yang anda gemari. Dan lontarkan ke spot pilihan anda di mana-mana kolam pancing air tawar.

cucuk mata kail dengan jajan terlebih dahulu

Tinggalkan Komen