Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®

Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®

 

Umpan peram papa mama merupakan umpan campuran beberapa bahan yang perlu diperam bagi agar ia benar-benar sebati. Ia boleh diperam seberapa lama yang mungkin

kerana ia tidak akan rosak. Sebaliknya semakin disimpan lama, semakin meningkat pula kualitinya.

 

Bahan-bahan keperluan:

IKLAN
  • 5 ulas nangka madu
  • 500 gm santan sawit
  • 1 biji ragi masam
  • 150 gm tapai ubi
  • 50 ml madu
  • 135 gm yogurt mangga
  • 100 ml Papa Paste Nangka
  • 100 ml Papa Paste Durian Wangi

 

Cara penyediaan umpan:

IKLAN

 

Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®
masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar
  • Masukkan kesemua bahan dengan sukatan yang diberikan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

 

IKLAN
Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®
kisar hingga betul-betul sebati
  • Setelah dikisar, masukkan umpan ini ke dalam botol 1.5 liter dan peram sekurang-kurangnya tiga hari sebelum digunakan sebagai umpan memancing. (Dalam tempoh peraman ini proses penapaian akan berlaku dan gas yang terhasil perlu dibebaskan).

 

Cara penggunaan umpan:

 

Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®
tuangkan sedikit demi sedikit umpan ke atas roti dadu
  • Potong dadu satu bungkus roti sandwic ke dalam bekas bancuhan umpan.
  • Masukkan kira-kira 8 hingga 10 penutup botol sos umpan ke roti dan goncang hingga sekata.
  • Cocok 5 ketul roti dadu pada kedua-dua mata kail kemudian kepal roti dadu pada keduanya atau salah satu daripadanya.

 

Umpan Power : Umpan Peram Papa Mama ®
umpan yang sedia untuk digunakan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI