Kebanyakan pes perisa untuk memancing yang terjual di pasaran boleh dipakai terus dengan bahan umpan seperti roti atau palet.

Malah untuk dijadikan perisa dalam minuman atau masakan pun boleh kerana pada asasnya ia sememangnya bahan perisa masakan.

Atas sebab itu, bahan perisa ini boleh diolah dengan bahan-bahan lain dan dimasak untuk dijadikan umpan.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

IKLAN

Umpan Papa Cooking (Umpan Masak Papa Paste)

  • 300 ml Papa Paste Strawberry
  • 100 ml Es Doger
  • 100 ml Papa Paste Pisang Ambon
  • 50 gm gula batu tebu (hancurkan)
  • 1 Bekas kecil yogurt
  • 1 paket yis segera

 

Cara-cara penyediaan umpan

IKLAN

 

 

 

IKLAN
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  • Setelah umpan sejuk masukkan ke dalam botol dan peram selama dua hari umpan ini boleh disimpan lama tanpa tarikh luput.
  • Umpan ini boleh digunakan bersama roti, dedak dan juga palet.

 

Cara penggunaan umpan

 

Umpan Papa Cooking (Umpan Masak Papa Paste)

  • Masukkan 10 penutup botol sos umpan papa cooking ke dalam 500 gm dedak 929. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan dedak sesuai untuk dikepal pada mata kail.
Umpan Papa Cooking (Umpan Masak Papa Paste)
Ikan patin yang diperoleh menggunakan umpan ini
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI