Umpan keli? Pakai cacing je bro… betullah tu kalau ada yang kata macam tu. Jangan kata keli, ikan kelah pun makan cacing.

Tapi nak cari cacing tanah yang berkualiti bukan senang sekarang ni. Cacing tanah yang terjual di kedai pancing tu jauh dari kualiti sebenar.

Jadi, apa kata korang cuba umpan yang kami sediakan ni.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

1 Genggam perut atau usus ayam

1 Biji telur ayam (ayam kampung lagi bagus)

IKLAN

1 Keping keju cheddar

Mi segera (dikisar halus)

 

Cara Penyediaan:

 

IKLAN

➡ Perut ayam dibersihkan dan dipotong-potong pendek.

 

➡ Kukuskan perut ayam ayam sehingga masak atau menjadi lembut.

 

➡ Masukkan perut ayam, telur ayam dan keju kraf ke dalam blender, kemudian kisar sehingga lumat.

IKLAN

 

Cara Penggunaan:

 

➡ Gaul bahan-bahan yang dikisar itu dengan sedikit serbuk mi segera sehingga menjadi doh yang lembut tetapi liat.

 

➡ Kepalkan doh (sebesar ibu jari) pada mata kail dan lontarkan ke kawasan yang berpotensi ikan keli berkumpul.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI