Ikan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang sebagai sumber makanannya.

 

BELANGKAS

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.

 

UMANG-UMANG

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

IKLAN

Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.

 

KERANG

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.

IKLAN

 

MENTARANG

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain,mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.

 

IKLAN

SEPAHAT/PEPAHAT

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.

 

KUPANG

Umpan Bercengkerang Untuk Sembilang *

Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI