Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

 

Ikan patin Mekong atau pla buk merupakan ikan sukan memancing dari Thailand yang seronok dipancing berikutan perlawanannya yang padu.

Namun untuk mengumpan ikan ini menyedut mata kail bukan mudah. Ia memerlukan ramuan umpan yang terbaik sehingga berjaya memperdayakannya.

 

Bahan-bahan keperluan:

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

  • Roti sandwic
  • Dedak 929
  • Dedak ayam
  • NS Power pandan
  • Pes Musang A1
  • Esen perisa pisang

 

IKLAN

Cara-cara penyediaan umpan

 

  • Hancurkan sebungkus roti sandwic (apa saja jenis roti perlu dijemur di bawah terik matahari buat seketika) dan masukkan ke dalam bekas bancuhan.
  • Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 300 gm dedak ayam. Gaul campuran ini hingga sekata.

 

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

 

IKLAN
  • Masukkan pula sebungkus NS Power pandan dan sekali lagi gaul hingga sekata.
  • Kemudian masukkan pula 11 penutup pes Musang A1 dan 2 penutup botol esen perisa pisang.

 

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

 

  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul campuran bahan ini sehingga sesuai untuk dikepal pada spring.
  • Biarkan seketika adunan ini buat seketika agar-agar ia benar-benar sebati dengan campurannya sebelum digunakan.

 

IKLAN

Cara penggunaan umpan:

  • Kepalkan umpan pada spring yang telah diikat mata kail. Kemudian dengan teknik apungan (menggunakan pelampung) lontar umpan ke sudut kolam yang kerap patin Mekong memperlihatkan kelibatnya.

 

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

  • Sekiranya tiada sebarang untuk tempoh 20 minit, tukar umpan yang baru dan cuba lagi sehingga berjaya.

 

Umpan Patin Mekong Ujang Like ®

(umpan ini disediakan oleh Ujang Like)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI