Tazkirah Ramadan – Day 27 – Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan

26

 

Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu dia berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan.

 

Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur’an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.”

 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

 

(HR Muslim No: 4268) Status: Hadis Sahih

 

 

Keterangannya:

 

  1.  Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.

 

  1.  Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan, tanpa memikirkan sebarang kerugian.

Antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

 

  1.  Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa  juga kepada golongan fakir miskin.

 

  1.  Konsep “memberi”  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum, bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan-bulan lain.

Kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi – menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat, tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

 

  1.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal”

(QS an-Nahl: 96)

 

  1.  Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

 

  1.  Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.

 

Tinggalkan Komen