Tazkirah Ramadan – Day 25 – Ubah Jadual Malam-Malam Akhir Ramadan

35

 

Tazkirah oleh Dato’ Dr Fatma El-Zahra :

 

Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa,  anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.

 

Pada 10 malam terakhir ini banyakkan berjaga di sebelah malam (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/beribadah di sebelah malam).

 

Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.

 

Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dengan solat, zikir dan mengaji Al-Quran.

 

Kurangkan menonton tv pada malam-malam ini.

 

Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa: “Allahuma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’Fu’Anni”

 

Sentiasa amalkan langkah-langkah ini sebelum berdoa:

1) Puji Allah dahulu dengan 99 nama-namaNya

2)Berselawat

3)Istighfar

4)Doa

 

Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3 kali kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.

 

Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dgn doa.

 

Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam-malam ini dengan zikir dan doa.

 

Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pada malam-malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.

 

Sepanjang malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami isteri, anak-anak serta adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami isteri, anak-anak sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita.

 

Jika tiada suasana aman di dalam rumah kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Kerana pernah terjadi pada zaman Nabi SAW, terdapat 2 orang pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sebenarnya malam lailatul qadar itu.

 

Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mereka jika mereka tidur.

 

Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut:

1)Sentiasa dlm berwudhu

2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih

3)Sentiasa dlm keadaan wangi

Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn kita.

 

Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.

Tinggalkan Komen