Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.

 

Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.

 

Taktik & Teknik Mencari Sotong Kurita *

IKLAN

 

Terma Menongkah

 

IKLAN
  • Menongkah mencari sotong biasanya dilakukan pada waktu malam dan ketika air surut sehinggan timbul beting berselut. Jika turun ke dalam selut ini, anda boleh tenggelam sehingga paras pinggang.

 

  • Kayu lapis atau papan dijadikan sebagai peluncur atau kenderaan untuk menongkah selut.

 

  • Peralatan lain selain papan untuk menongkah ialah lampu kepala (headlamp) dan baldi untuk mengisi sotong.

 

IKLAN
  • Sewaktu menongkah lampu akan disuluh ke permukaan selut untuk melihat jika terdapat sotong kurita.

 

  • Jika tersuluh sotong kurita, cepat-cepat pegang kepalanya dan masukkan ke dalam baldi.

 

  • Jika sotong masuk ke dalam selut, cepat-cepat gali dan cekak kepala sotong tersebut.

 

  • Kawasan menongkah sotong biasanya di kawasan selut yang tidak mempunyai kerang-kerangan.

 

  • Tip lain ialah, sotong ini mencari ketam sebagai makanannya. Jadi tumpukan pada kawasan selut yang mempunyai ketam.

Taktik & Teknik Mencari Sotong Kurita *

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI