Sekitar sepuluh hingga lima belas tahun dahulu, kewujudan kolam memancing udang galah di dalam premis bangunan berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Malah ia hampir menjadi satu fenomena dalam industri perikanan rekreasi tanah air.

Namun atas beberapa faktor terutamanya kesukaran untuk mendapatkan stok bekalan udang galah, satu persatu premis memancing udang galah terpaksa tutup operasi.

 

Namun Kolam Memancing Udang Kg. Subang ada cara tersendiri bagi masalah ini.

Selain mengusahakan kolam memancing udang galah, pemiliknya turut sama mengusahakan pembenihan udang galah.

Benih-benih udang galah ini dijual kepada peternak dan kemudian udang-udang galah yang sudah cukup usianya akan djual kembali kepada pihak kolam.

 

IKLAN

Dengan cara usaha sama dengan peternak ini ia dapat menjamin bekalan stok udang galah sentiasa cukup untuk dipancing.

Malahan pihak kolam sentiasa mencari pembekal baru mendapatkan udang galah bersaiz kasar atau jenggo bagi kepuasan pemancing.

Santai Layan Jenggo Kolah

 

Kolam memancing udang galah yang terletak di Kg Subang berdekatan dengan bangunan Johawaki ini diusahakan oleh Azhar Misbah bersama dua orang lagi rakan niaga yang merupakan ahli keluarga terdekat.

Premis yang menempatkan kolam berukuran 20 x 30 kaki dan berkedalaman empat kaki ini mula beroperasi 15 April 2017 yang lalu.

IKLAN

 

Ia beroperasi selama 12 jam setiap hari bermula dari jam 3 petang hingga 3 pagi.

Yuran memancing yang dikenakan bermula dari RM 35 untuk tempoh dua jam sehinggalah RM 80 untuk tempoh memancing lima jam.

Santai Layan Jenggo Kolah

 

Sementara pemancing yang ingin memancing secara berpasangan pula, pihak kolam menyediakan pakej couple bermula dari RM 60 untuk tempoh dua jam sehinggalah RM 125 untuk tempoh lima jam.

IKLAN

Umpan berupa perumpun ada dijual dengan harga RM 5 dan pemancing boleh meminta umpan tambahan tanpa bayaran tambahan.

 

Manakala purata udang yang dimasukkan sekitar tiga hingga lima kilogram bergantung kepada jumlah pemancing.

Semakin ramai pemancing maka semakin banyaklah udang yang dimasukkan. Pemancing juga boleh menyewa peralatan memancing sekiranya tidak memiliki peralatan sendiri.

Santai Layan Jenggo Kolah

 

“Seperkara yang pemancing kena ambil tahu ialah tabiat pemakanan udang. Udang-udang ni makan ikut waktu. Lebih-lebih lagi jenggo.

Ia mengambil sedikit masa untuk makan selepas dimasukkan ke kolam. Kalau nak tahu waktu bila udang makan, kenalah rajin datang memancing…” ujar Azhar.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI