Hadiah bernilai hampir RM50,000.00 menanti para peserta dalam pertandingan memancing Cabaran Tanjung Malim di Tasik YDP Slim River esok, 31 Januari (Rabu).

Pertandingan yang dianjurkan Wakjali Event Management itu menawarkan hadiah RM24,000 untuk juara, kedua sebanyak RM5,000 dan ketiga sebanyak RM2,000. Tempat ke-4 akan membawa pulang RM800, tempat ke-5 sebanyak RM500, ke-6 hingga ke-10 bakal memperoleh RM400. Manakala tempat atau ranking  ke-11 hingga ke-20 sebanyak RM300 dan ke-21 hingga ke-50 membawa pulang RM250.

Selain ganjaran wang tunai turut ditawarkan 400 helai baju-T bagi peserta yang mendaftar awal, televisyen LED 32 inci sebagai cabutan bonanza dan hamper sebagai cabutan bertuah. Sementara yuran penyertaan RM90 bagi satu joran dan peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah.

Pengurus Besar Wakjali Event Management, Md Zali Kasran, berkata pertandingan yang bakal dilangsungkan ini adalah pertandingan yang pertama diadakan di Tasik YDP setelah lebih 12 tahun tiada sebarang pertandingan memancing dianjurkan di lokasi tersebut

IKLAN

“Pada awal penubuhan syarikat ini (Wakjali Event Management , Tasik YDP adalah antara venue yang pernah menjadi medan pilihan bagi pertandingan memancing anjuran syarikat ini. Namun, selepas itu tiada lagi pertandingan memancing seumpamanya dianjurkan di sini.”

“Pertandingan ini diadakan pada Rabu sempena cuti perayaan Thaipusam. Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan mulai jam 3.00 petang Selasa (30 Januari) sehingga hari pertandingan.”

IKLAN

“Menurut penduduk setempat, tasik ini dihuni patin liar bersaiz mega dan toman serta rohu. Namun beberapa spesies lain yang bersaiz kecil juga seperti lampam, tilapia, belut dan lain-lain juga menjadikan tasik ini tempat bernaung mereka,’’ katanya.

Bagi memberi keselesaan kepada para peserta, pihak penganjur telah melakukan pembersihan tasik sejak seminggu lalu dengan sasaran mengeluarkan rumput di kawasan tebing dan dalam tasik.

IKLAN

Menurut Md Zali lagi pertandingan ini merupakan  pertandinga pertama dianjurkan Wakjali Event Management  bagi tahun ini sebelum ke Melaka pada 4 Februari yang menawarkan hadiah RM100,000.00 untuk juara.

Pertanyaan hubungi 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI