HADIAH bernilai RM100,000 bakal menjadi habuan pemancing di Pantai Remis, Kuala Selangor, Ahad ini. Pertandingan memancing Cabaran Pantai Remis anjuran Wakjali Event Management itu menawarkan hadiah untuk juara RM44,500, naib juara RM10,500, ketiga RM5,500 dan keempat RM1,500. Paling menarik, pemenang tempat ke-5 hingga ke-80 akan pulang dengan hadiah sagu hati lumayan RM500 setiap satu dan peserta layak menang lebih daripada satu hadiah.

Yuran penyertaan RM100.00 satu joran. Sebagai sagu hati tambahan, penganjur menawarkan penyertaan PERCUMA kepada peserta yang mendaftar ke-500, 1000 dan 1,500. Manakala, diskaun penyertaan 10 peratus diberikan kepada peserta ke-100, ke-200, ke-300, ke-400, ke-600, ke-700,ke-800, ke-900, ke-1100, ke-1200, ke-1300 dan ke-1400 yang mendaftar.

Selain hadiah wang tunai untuk pemenang, penganjur turut menawarkan hadiah berganda kepada peserta yang menjinakkan ikan pari. Spesies pari pertama sampai ke meja hakim akan terus dibayar RM100, pari kedua RM200, pari ketiga RM300.00, pari keempat RM400 dan pari kelima RM500. Bagi mengelak kekeliruan antara pari dan ketuka, penganjur mensyaratkan hanya pari atau ketuka 600 gram layak menerima hadiah berkenaan dan ikan sama layak menang hadiah utama yang ditawarkan.

IKLAN

Penganjur turut menawarkan 700 baju-T untuk peserta yang mendaftar awal. Kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 4.00 petang, Sabtu ini.

IKLAN

Pantai Remis kaya dengan spesies belukang dan sembilang, namun dalam pertandingan pada 30 Julai lalu, empat spesies pari berjaya dijinakkan peserta sekali gus menduduki lima ranking teratas.

IKLAN

Kawasan memancing yang dibuka untuk pertandingan ini sepanjang 1.4 kilometer dan ia boleh memuatkan sehingga 1,500 orang peserta. Namun, jika ada tambahan peserta, penganjur bersedia menambah jarak kawasan memancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI