Bagi pemancing yang gemar memancing di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan di muara pasti mengenali spesies ikan ini. Ikan ini memiliki badan leper melebar berwarna hijau kekuningan yang lazimnya lebih terserlah ketika kecil. Badan bertompok-tompok hitam bulat hampir serata badan.
Juvenil berwarna hijau kekuningan dan berubah kepada hijau gelap apabila meningkat pembesaran. Bahagian kepala membongkok sedikit. Bermulut kecil dan bergigi halus. Ekornya melebar tegap.
Boleh membesar sehingga 38cm. Saiz ini melebihi berat sekilogram dan selebar dulang! Namun saiz purata yang dijumpai di kawasan perairan negara ialah 15cm hingga 20 cm atau lebih mudah selebar tapak tangan dewasa.
Ikan ini tidak bersisik tetapi memiliki kulit yang kesat serta keras. Sirip dorsal dan sirip pelvik adalah keras dan tajam. Duri-duri yang terdapat di atas dan bawah badan mempunyai bisa seperti ikan duri. Mangsa akan merasa panas apabila tercucuk duri atau sengat ikan ini.
Ramai pemancing yang tidak tahu di mana sengatnya dan sering terkena ketika cuba memegang seperti mana ikan-ikan lain yang tidak berbisa. Kesannya mungkin akan berpanjangan lebih dari 20 minit atau lebih mengikut daya tahan seseorang itu.
Ikan kitang gemar bermain di kawasan permukaan air. Mudah ditemui di kawasan muara dan sungai terutama di tepian sangkar ikan, kelong, rumah rakit, tiang jambatan dan objek-objek terapung lama termasuklah bot atau tongkang yang berlumut di bawahnya.
Kawasan ini semuanya menyediakan sumber makanan iaitu algae, lumut, rumpai serta krustesia kecil. Selain itu kitang yang hidup di sepanjang sungai adalah penunggu tidak setia tandas awam. Najis manusia juga adalah sebahagian dari diet ikan kitang ini.
Walaupun ia dikatakan ikan muara, taburan kitang juga meluas di Samoa, Tonga, Fiji, Selatan Jepun, India dan Bangladesh tentu sekali banyak sesuai dengan kawasan tumpuan utama ikan muara kulit liat ini. Di Negara kita kitang boleh ditemui hampir serata sungai dan muara.
Ikan kitang jika diperhatikan ia tidak begitu takut dengan kehadiran manusia. Oleh kerana badannya nipis dan gelap sukar bagi seseorang itu mengenal pasti kitang jika dipandang tepat dari atas. Ketika ia mengikis makanan pada objek terapung, badannya akan mereng dan kilauan cahaya dari lebar badan ketika melintang mudah dikenali.
Kita boleh perhatikan ia berenang sambil menikmati makanannya tanpa memperdulikan persekitaran. Jika diacah sepantas kilat ia menghilangkan diri dan muncul kembali menikmati diet hariannya. Kitang Bergerak dalam kumpulan kecil.
Ia boleh ditemui bersama-sama dengan ikan buntal sungai, anak todak dan ikan-ikan pelagik yang turut mendiami muara sungai. Ikan jenis lebar apabila ia menelan umpan, pertarungan sungguh menyeronokkan lebih-lebih lagi peralatan pancing adalah jenis aksi ringan dan beradu di kawasan terbuka.
Kitang adalah salah satu spesies yang boleh memberikan kepuasan. Ia cukup pada larian serta tekanan yang diberikan ketika merintangi atau miring boleh membuatkan riak wajah ceria, senyum kemerahan di tengah panas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing ikan belut mungkin tidak sama cara dengan memancing ikan-ikan lain. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana belut itu sendiri pun tidak sama seperti ikan lain. Walaupun pancingan belut agak kurang popular namun ia ada peminatnya tersendiri.
Jom kita sama-sama saksikan pengalaman netizen yang pernah memancing belut dan sama-sama nikmati keseronokannya.
“Pengalaman pancing belut… guna tangsi dalam dua jengkal, ikat mata kail J kecik dan umpan cacing. Lidi dalam dua jengkal, cucuk mata kail yang berumpan kat hujung lidi, cari lubang belut dan jolok lidi ke dalam. Lepaskan lidi tapi sentiasa pegang tangsi. Bila nampak lidi tenggelam ke lubang perlahan-lahan (belut tengah makan umpan) biarkan dulu, bila rasa confident tarik tali keluar dan bergembiralah.”
AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Zaman aku memancing belut dulu takde phone kamera… haha. La ni ada phone kamera tapi takda pulak port nak pancing belut. Kesian tak aku?”
SAYA HAN
“Rasanya last pancing belut time sekolah form 3 dulu. Guna mata kail jejari basikal. Main dekat lubang akar pokok kelapa dan kena pandai main la kalau paksa mulut belut mesti koyak dan lucut.”
YUSLEE YUSOF
“Pancing belut pakai teknik mata lurus. Teknik dari Indonesia. Memang senang dapat. Kalau tak percaya boleh try.”
MUZAID MUSTAKIM
“Last pancing belut bulan Februari lepas di kawasan sawah kat Besut, Terengganu. Hampir setengah baldi dapat. Memang seronok betul. Tapi saya cari gambarnya takda pulak.”
MOHD ZAKWAN ZULKIFLI
“Memanglah seronok pancing belut tapi yang tak bestnya malas nak cari lubang belut tu. Setakat buat bunyi cicak tu takpe lagi… hahahaha.”
MOHD SAIFUL HAMZAH
“Kalau pancing belut pakai mata kail tu kira biasa-biasa saja… kawan tangkap belut pakai tangan dan penyapu lidi sebatang. Jangan tak percaya.”
MOHD RYZAL
“Mengail belut memang syok. Lepas mengail terus masak dan makan lagilah sedap. Belut memang sedap.”
SHAHRIL FIRDAUS ARIL
“La ni belut mahal RM18 sekilo. Kalu beli kat kedai mau RM 30 sekilo. Dulu aku tak pancing, aku tahan bubu belut je. Senang dah cepat.”
SAIFUL HISHAM
“Setakat belum pernah dapat belum lagi. Pancing belut pun tak pernah. Tapi kalau adik-beradik belut (sesirat) tu selalu la dapat.”
SHINJI KURIL NEJI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kita jarang menemui kejadian ikan mati di laut atau sungai kecuali ada penglibatan tangan-tangan nakal manusia.
Namun kejadian ikan mati secara semulajadi ini boleh dilihat di lombong-lombong tinggal, paya, kolam-kolam kecil, kolam ternakan dan juga kolam pancing komersial, terutamanya kolam pancing air tawar.
Oleh yang demikian, sekiranya anda seorang pengusaha kolam memancing, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan ikan-ikan di dalam kolam mati lemas jika tidak diambil sebarang tindakan.
Tahap Oksigen Rendah
Saiz kolam yang kecil dan tiada bantuan pengudaraan seperti kincir udara antara menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan oksigen. Apatah lagi jika kolam terlindung dari pancaran terus cahaya matahari.
Kualiti Air Kolam Yang Buruk
Antara sebab kenapa umpan berasaskan minyak dan umpan organik seperti usus haiwan dilarang penggunaannya di kebanyakan kolam pancing. Terutamanya kolam yang tiada saliran air keluar masuk yang baik. Lapisan minyak yang terbentuk di permukaan air sangat menjejaskan kualiti air dan pembentukan oksigen.
Lebihan Makanan Dan Najis
Timbunan umpan seperti dedak dan pelet serta najis yang dilepaskan oleh ikan bukan saja menyebabkan kolam menjadi semakin cetek dan kotor, tetapi juga boleh menyebabkan ikan menjadi lemas.
Kandungan Ammonia Yang Tinggi
Bekas lombong tinggal atau lombong yang pernah menjadi pusat pembuangan sampah merupakan tapak yang tidak sesuai dijadikan kolam memancing. Kandungan toksik itu umpama racun yang akan membunuh ikan secara perlahan-lahan.
Kapasiti Ikan Terlalu Padat
Stok ikan yang berkurangan akan membuatkan kolam menjadi krik-krik… stok ikan yang berlebihan pula akan membuatkan ikan pula yang menjadi krik-krik.
Persaingan dapatkan oksigen
Apabila jumlah ikan yang agak padat dan sistem pengudaraan yang kurang bagus maka akan menyebabkan ikan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan oksigen.
Pengurusan tidak sistematik
Pokok pangkalnya terletak kepada pihak pengurusan kolam untuk menjamin kualiti dan kesihatan ikan yang mereka tawarkan untuk pemancing. Sekiranya pandai menguruskan survival ikan maka akan kekal sihat untuk dipancing oleh pemancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...