Pemancing yang bergaya dan berjaya adalah pemancing yang bukan sekadar bijak ketika memancing malah juga bijak memasak hasil pancingan. Inilah kelebihan pemancing kerana dapat merasa terus kenikmatan ikan segar.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor siakap (800-1 kg)
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 7 biji cili merah (dikisar dan di campur sekali)
  • 1 kuntum bunga kantan.
  • 1 sm kunyit hidup
  • Sos cili Thai secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya

(Hidangan di atas untuk 2-3 orang, boleh tambah kuantiti bahan mengikut bilangan orang.)

IKLAN

 

CARA-CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Rebus ikan sehingga masak sepenuhnya.

2. Panaskan bahan-bahan yang telah dikisar dan sos cili Thai di atas api. Kacau rata sehingga mendidih.

3. Perasakan dengan gula, garam, dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata dan angkat.

IKLAN

4. Selepas itu perahkan limau nipis dan kacau rata.

5. Tuangkan sos yang telah dimasak tadi ke atas ikan. Sedia dihidangkan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI