Ikan patin memang sedap dimakan. Masak apa sahaja, walaupun goreng garing cicah kicap berlada pun sudah sedap. Apatah lagi jika dimasak tempoyak. Namun bagi sesetengah tempat di Pahang terutama di  Pahang, masakan ikan patin tempoyak dikatakan tidak lengkap lagi selagi tidak di campur dengan timun tahun. ( Di sesetengah tempat timun tahun dikenali sebagai timun berat, timun tua dan sebagainya)

 

BAHAN-BAHAN:

 

IKLAN
  • 1 ekor ikan patin (dipotong kecil)
  • 1 biji timun tahun
  • 4 sudu makan tempoyak (dikisar)
  • 23 biji cili padi (dikisar)
  • 13 tangkai daun kesum (dikisar)
  • 2 sm kunyit hidup (dikisar)
  • 3 sudu teh garam (dikisar)
  • Air secukupnya

 

CARA-CARANYA:

IKLAN

 

Didihkan air bersama bahan kisar hingga mendidih.

IKLAN

Kemudian masukkan timun tahun dan biarkan masak sebati.

Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Biarkan hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI