Tahukah korang ikan-ikan unjam seperti kerisi, kembung, selar, tamban juga tidak kurang sedapnya jika berada di atas meja hidangan. Yang penting tahu apa jenis resipi dan masakan yang anda pilih, misalnya ikan kembung masak asam di bawah ini. Gerenti makan nasi bertambah.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembong saiz sederhana – dibersihkan.
2 biji bawang besar – dipotong bulat.
3 biji bawang putih – dimayang.
1 cm halia – dimayang.
1 cm belacan.
6 biji cili padi – dibelah dua.
1 biji cili merah – dihiris serong.
200 ml air asam jawa.
Serbuk kunyit secukupnya.
2 sudu makan gula.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng dan menumis.
IKLAN
CARA-CARA PENYEDIAANNYA:
IKLAN
Perapkan ikan kembung bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Kemudian tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga sedikit layu.
IKLAN
Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya. Didihkan.
Setelah itu masukkan sedikit garam dan gula mengikut suka.
Akhir sekali, masukkan ikan kembung goreng dan biarkan seketika. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan cili merah. Sedia untuk dimakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memang tidak sempurna kalau pergi trip mencandat sotong tapi tak masak terus sotong yang diperolehi.
Percaya atau tidak, sotong yang direbus hanya dengan laut saja pun dah cukup sedap. Inikan pulak kalau dimasak sambal.
Kemudian dimakan dengan nasi panaas-panas! Peghhhh… selera!
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor sotong dipotong bulat (kalau sotong kecil tak perlu potong)
Bawang besar (potong bulat)
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Sedikit belacan
5 sudu cili boh
Air asam jawa
Garam
Serbuk perisa
Gula
CARA-CARANYA:
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan yang ditumbuk terlebih dahulu.
Bila naik bau, masuk cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kemudian boleh terus masukkan air asam jawa.
Selepas itu, masukkan sotong. Kacau-kacau, masukkan garam, serbuk perisa dan gula. Selepas itu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika. Dah siap!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Haruan adalah ikan yang paling banyak dipancing di Malaysia. Selain dari taburan lokasi memancingnya yang meluas, pancingan haruan menjadi popular dan diminati ramai kaki pancing kerana sifat karnibalistik dan teritorialnya.
Atau lebih tepat lagi kerana sifatnya menyambar umpan. Ia boleh dipancing dengan pelbagai cara atau teknik.
Bagi kaedah pancingan dasar atau bottom fishing, umpan yang sering digunakan dan berkesan adalah umpan semulajadi seperti katak, anak ikan, cacing, cicak, udang sungai ataupun cengkerik.
Begitu juga dengan pancingan menggunakan pelampung.
Meskipun kedua-dua kaedah ini amat praktikal untuk mendapatkan haruan, namun kaedah mengilat, baling tarik atau lebih popular dengan istilah casting adalah kaedah yang paling digemari.
Mengilat atau casting menggunakan umpan semulajadi seperti katak, anak ikan dan cicak telah lama diguna pakai dan masih dipakai sebelum munculnya umpan tiruan.
Gewang tiruan berbentuk ikan, katak getah atau katak rambutan, spinerbaits atau janggut, sesudu dan juga soft plastic gulp kini lebih digemari kerana keberkesanan serta lebih mudah untuk diguna pakai.
Terutamanya kaki-kaki pancing yang menggilai teknik casting dan sport fishing.
Aspek pengendalian
Dalam pengendalian tangkapan terutamanya melalui teknik casting menggunakan gewang mata tiga, selain dari perlu berhati-hati ketika membuat balingan, agar tidak berlaku
insiden tercangkup mata tiga pada kepala atau badan sendiri mahupun rakan yang berdekatan, ketika melepaskan mata tiga dari mulut ikan juga harus dilakukan secara cermat.
Haruan bukanlah ikan bersengat atau berduri tajam seperti keli, baung atau patin, namun giginya yang tajam dan badannya licin berlendir serta kuat meronta untuk melepaskan diri menyebabkan ia sukar untuk dikendalikan.
Dalam proses pengendalian inilah lazimnya berlaku insiden yang tidak diingini seperti mata kail yang melekat pada mulut haruan boleh berpindah ke tangan pemancing pula.
Harapan dan masa depan
Haruan akan terus diburu untuk memenuhi permintaan tinggi di pasaran dan keinginan kaki pancing melampiaskan keseronokan mengilat.
Dengan tekanan memancing dan buruan yang tinggi, pencemaran yang kian membunuh habitatnya, serta persaingan kemandirian hidup ekoran kerakusan ikan pendatang seperti
peacock bass yang kian menjarah lokasinya, tidak mustahil suatu hari nanti haruan akan mengalami kepupusan.
Sudah banyak kejadian di mana haruan yang mendiami lokasi sama bersama peacock bass, tidak berupaya untuk bersaing merebut makanan sekaligus merencatkan tumbesarannya.
Ia sudah memperlihatkan tanda-tanda awal kerana pada hari ini usaha untuk menjejaknya tidak lagi semudah dahulu.
Ia tidak lagi semudah ke belakang rumah untuk mencarinya. Begitu juga untuk mendaratkan spesimen berskala mega.
Makin sukar untuk tersenyum bangga menjinakkan haruan sebesar paha atau betis orang dewasa. Untuk menikmatinya harus meredah hutan belukar atau lokasi yang belum pernah diterokai.
Jika tiada sebarang usaha dilakukan, maka populasi haruan akan semakin mengecil dan semakin sukar untuk diperolehi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagai pemancing seharusnya kita perlu tahu tahu morfologi, anatomi serta sifat-sifat ikan. Sebagaimana kita, ikan juga mempunyai deria malah ikan memiliki deria yang tidak dimiliki oleh manusia.
Ikan mempunyai penglihatan yang baik, namun matanya berbeza dengan manusia. Lensa mata ikan berbentuk bulat bagi membolehkannya melihat di dalam air.
Ikan air tawar tidak mempunyai kelopak mata untuk menentukan jumlah cahaya yang memasuki matanya untuk melihat. Jadi ikan ini akan bergerak ke kedalaman yang berbeza untuk mengawal cahaya yang masuk.
Kebanyakan ikan boleh melihat warna, disebabkan itu kita dapat perhatikan banyak gewang tiruan di pasaran dalam pelbagai jenis warna. Kedudukan mata ikan membolehkannya melihat sisi kanan dan kiri dalam satu masa.
Posisi ini juga menyebabkan titik buta di hadapan dan belakangnya pada jarak tertentu.
Oleh kerana cahaya akan membias apabila memasuki air, ikan sebenarnya boleh melihat keluar permukaan air tanpa perlu menghalakan penglihatannya ke atas.
Jadi jika anda melihat ikan di dalam air, kemungkinan besar ikan itu juga melihat anda.
DERIA BAU
Ikan dapat mengesan bau menerusi nostril yang dipanggil ‘nares’ yang seakan lubang hidung terletak di atas mulutnya.
Menerusi organ ini, ikan dapat mengesan mangsa, pemangsa dan lokasi asalnya walaupun telah berenang sejauh ribuan batu.
Walaupun ikan mempunyai deria bau yang baik, kebanyakan ikan tidak bergantung kepada deria ini kerana apa yang ikan dapat kesan melalui bauan pada satu masa bergantung kepada kekuatan dan arah arus air.
DERIA RASA MENGESAN MAKANAN
Kebanyakan ikan mampu merasa melalui reseptor rasa di dalam mulut, deria ini selalunya kurang digunakan oleh kebanyakan ikan terutama ikan pancingan sukan.
Lain pula halnya bagi kumpulan ikan catfish. Ikan seperti keli dan baung pula menjadikan deria ini sebagai organ utama dalam mencari makanan kerana kumpulan ini mempunyai
deria bau dan rasa yang cukup berkesan dengan menggunakan misainya yang dipanggil barbel.
DERIA RASA MENGESAN GETARAN
Garisan lateral ialah satu garisan halus melintang pada badan ikan yang memanjang dari kepala hingga ke ekornya.
Garisan lateral ini mempunyai organ sensor yang membolehkan ikan mengesan perubahan suhu dalam air dan mengesan sebarang getaran yang berlaku di dalam air.
Walaupun dalam keadaan air yang keruh, garisan lateral akan bertindak seperti sonar untuk mengesan lokasi, kelajuan dan saiz sesuatu objek di sekelilingnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...