Tidak lengkap sekiranya bila musim sotong tetapi tak turut serta pergi mencandat sotong. Dan lagilah tak lengkap kalau dah pergi candat sotong tapi sotong tersebut tak dibuat ketupat sotong. Bukan susah pun nak buat ketupat sotong ni. Sesiapa yang biasa rebus megi pun boleh buat.
Bahan-Bahan keperluan:
1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya
200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
3 cawan santan pekat – untuk kuah
Sedikit halba
2 cm halia – dimayang
3 ulas bawang merah – dimayang
Gula, garam dan perasa.
lidi yang mencukupi
IKLAN
Cara Penyediaan:
IKLAN
Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk.
Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
Masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
Kemudian, masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.
IKLAN
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mat Rock mencipta istilah sendiri antara mereka dalam berhubung. Mat Rempit jugak sama, ada istilah tersendiri di kalangan mereka. Kaki pancing pun tak ketinggalan mencipta istilah tersendiri yang hanya difahami di kalangan mereka dalam perbualan. Kami mendedahkan beberapa istilah popular di kalangan kaki pancing tegar untuk makluman semua pembaca.
BANGAU
Bangau, membangau (flamingo) merujuk kepada keadaan dimana pemancing tidak mendapat tarikan ikan apabila memancing. Langsung takde sentuhan. Lebih kurang sama macam tak pergi memancing keadaannya.
BANGLA
Bangla (electric reel) adalah gelaran untuk kekili elektrik. Ia dikaitkan dengan para pekerja Bangladesh kerana mesin ini saja yang bekerja sedangkan pemancing hanya tengok saja ia beraksi.
BULU
Bulu (skirt)… apa-apa yang diletak pada mata kail untuk menarik perhatian ikan seperti bulu ayam, plastik yang dibentuk seperti sotong dan sebagainya janggut (spinnerbait). Umpan tiruan yang menggabungkan mata kail, kepingan besi pemutar (spinner) dan bulu (skirt ).
JENGGO
Jenggo (freshwater prawn). Gelaran untuk udang galah bersaiz besar dan bersepit biru. Biasanya ia khusus untuk udang galah yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil, biasanya dipanggil udang megi.
KOMPLOT
Komplot adalah rancangan memancing yang disertai oleh beberapa orang pemancing. Ia tidak membawa maksud sesuatu yang negatif sebaliknya untuk mengambarkan gathering memancing saja.
IKAN BIAWAK
Pastikan perkataan ikan disebut apabila menyebut nama ikan ini sebab maknanya akan berubah kalau tak sebut ikan. Istilah ini untuk ikan senangin Taiwan di kolam air masin.
KOYAN
Koyan (handline) adalah satu kaedah memancing tanpa menggunakan joran dan kekili.
KUCAH
Kucah merujuk kepada keadaan laut yang bergelora/ombak tinggi. Hasil dari kucah ini maka ramailah pemancing yang akan mabuk laut.
KUMPAU BERDARAH
Kegagalan dalam aktiviti/trip memancing tahap paling teruk. Ia jauh lebih teruk dari membangau.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan kelah yang terkenal sebagai antara ikan eksotik bernilai tinggi pastinya sentiasa menjadi buruan kaki pancing. Ikan kelah sesuai dimasak dalam pelbagai cara, dan kunjungan Team Umpan ke Tasik Kenyir tidak lama dulu telah belajar satu resipi masak asam ikan kelah yang sangat mudah untuk dibuat dan pastinya amat menyelerakan!
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kelah
Cili padi merah (lada jarum)
Kunyit hidup
Daun kesom
Asam keping
Garam kasar
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Lumatkan cili padi merah, kunyit dan garam kasar sehingga hancur.
Ikan kelah yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam air bersama asam keping.
Rebus sehingga ikan hampir masak.
Apabila sudah menggelegak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama daun kesom.
Biarkan mendidih, tambah sedikit serbuk perasa dan boleh dihidangkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebut saja ikan sembilang, kebanyakan orang pasti akan kaitkannya dengan masakan asam pedas. Sementara asam pedas itu pulak ada kepelbagaian gaya masakan bergantung kepada tempat. Kali ini kita masak asam pedas sembilang ala Melaka. Merecik hawauuuu!
Bahan-Bahan:
Ikan sembilang (dibasuh bersih)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 mangkuk cili kering (dikisar berasingan)
2 cm belacan (dikisar)
2 cm kunyit hidup (dikisar)
1 sudu besar lada hitam (dikisar)
3 batang serai – dititik
1 sudu teh halba
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi/terung
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Bila dah garing, masukkan gula (satu sudu kecil. Kemudian masukkan daun kesum n bunga kantan.
Kemudian masukkan ikan, kacau-kacau sikit dan masukkan air asam jawa.
Masukkan bendi atau terung (kalau tak suka tak perlulah). Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...