Sesebuah trip memancing dianggap lengkap sekiranya disertai oleh chef atau pemancing yang rajin dan pandai memasak.

Terutamanya jika memancing di hulu sungai pergunungan dan perlu berkhemah.

Bayangkan sekiranya semua ahli trip sibuk dan leka memancing, bila perut dah keroncong, masing-masing cuma mampu memandang satu sama lain.

Sudahnya, mi segera sajalah yang jadi pengalas perut.

IKLAN

 

Bayangkan pulak, berjaya menaikkan ikan tahap bonus yang enak dimakan seperti kelah atau tengas, bawak balik rumah barulah dapat masak sedap-sedap.

Namun tahap kesegarannya tidak lagi sama tatkala baru mendaratkannya.

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN

 

IKLAN
  • Ikan kelah yang telah dibersihkan.
  • 1 cawan air asam jawa.
  • 1 sudu besar kicap cair.
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu gula.
  • 20 gram halia
  • 5 biji cili padi
  • Bunga kubis dalam 50gram
  • Putik jagung 3 biji
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang besar dihiris bulat
  • Kacang panjang 30 gram
  • Sebatang serai
  • Sedikit daun bawang

 

CARA PENYEDIAAN

 

  • 1  Letak ikan kelah di dalam bekas aluminium coil yang telah dibentuk. Pastikan aluminium coil itu dua lapis untuk mengelak bocor.
  • 2.  Taburkan bawang, bawang putih, serai, cili api, halia yang telah dihiris; bunga kubis yang telah dipotong, putik jagung muda, daun bawang, dan kacang panjang… taburkan kasi rata kat atas ikan kelah tersebut.
  • 3.  Siramkan ikan dan bahan-bahan tersebut dengan campuran air asam jawa, sos tiram, kicap cair, garam dan gula.
  • 4.  Bungkus ikan dan bahan-bahan, cucuk sedikit pada aluminium coil supaya dapat memberi pengudaraan… letak atas api dengan cara memanggang dan tunggu sehingga 30 ke 45 minit atau sehingga masak.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI