Jika korang memancing di muara dan peroleh ikan belukang yang kasar-kasar saiznya dan selalunya dilepaskan kembali kerana tak tau nak masak apa, selepas ini jangan dibuang lagi. Ikan belukang jangan disangka tidak sedap ini sebenarnya boleh jadi sedap jika tau cara penyediaan dan memasaknya. Berikut adalah cara penyediaan dan resepi yang disediakan oleh Lyza Jemail, yang mana ikan belukang ini adalah hasil pancingan beliau sendiri.

Bahan-bahannya:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 1 ekor ikan belukang (saiz anggaran dalam 1kg dibasuh bersih, perah limau atau cuci dengan  tepung untuk menghilangkan hanyir)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 biji cili kering kisar (boleh letak lebih)
  • 2 cm belacan (tak letak pun takpe)
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum & bunga kantan
  • Air asam jawa secukupnya
  • 3 sudu Jus limau nipis
  • Garam & gula
  • Minyak utk menumis
Resepi Ketuk-Ketuk Umpan – Asam Pedas Belukang
ikan yang sudah disiang dan dicuci bersih

Cara-caranya:

  • – Bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam dikisar bersama.
  • – Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
  • – Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  • – Dah garing, masukkan gula… agak-agak je tapi jangan la manis sangat dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • – Masukkan ikan, kacau-kacau sikit, dan masukkan air asam jawa dan jus limau. Banyak mana asam jawa tu bergantung kesukaan u all nak buat kuah tu pekat ke cair. Kalau cair sangat tak sedap pulak… masam tu u all boleh agak-agak jugak. Jangan sampai masam giler sudah.
  • – Perasakan dengan garam dan  biar dia mendidih (Kalau nak letak sayur bendi atau terung pun boleh… letak last sekali sebelum tutup api).
  • Resepi Ketuk-Ketuk Umpan – Asam Pedas Belukang
    Lyza juga merupakan pemancing tegar

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI