Tasik Bakun terbentuk daripada hasil pembinaan Empangan Hidro Eletrik Bakun.

Empangan Bakun merupakan empangan tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 meter dari paras laut dan juga merupakan empangan kedua terbesar di Asia selepas empangan Three Gorges di China.

Dengan kawasan tadahan seluas 14,750 kilometer persegi, Bakun merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia mengatasi keluasan Tasik Kenyir di Terengganu malah lebih luas saiznya berbanding negara Singapura.

 

Potensi Perikanan Rekreasi Di Tasik Bakun ®
tenggalan banyak terdapat di Tasik Bakun

 

IKLAN

Setelah beroperasi pada 2010, Bakun mula menjadi daya tarikan baru kepada pelancong asing dan tempatan sekali gus merancakkan lagi ekopelancongan negeri Sarawak.

Pada masa yang sama ia turut dapat pertingkatkan ekonomi dan kehidupan masyarakat Orang Ulu yang sebelum ini dibelenggu kemiskinan.

Sementara kewujudan pelbagai spesies ikan bernilai tinggi di Tasik Bakun seperti empurau, semah, sebarau dan tapah bukan sekadar menjana pendapatan menerusi hasil penangkapannya, bahkan berpotensi untuk mengusahakan pakej perikanan rekreasi.

 

IKLAN

Dalam usaha menjadikan Bakun lebih efektif dari sudut ekopelancongan rekreasi perikanan, Pengarah Negeri Pejabat Wilayah Sarawak (Tourism Sarawak), Hairi Mohd Yakzan telah mengadakan lawatan singkat bersama media bagi meninjau potensi Tasik Bakun sebagai medium baru sukan perikanan rekreasi atau sport fishing.

 

Potensi Perikanan Rekreasi Di Tasik Bakun ®
Tapah merupakan spesies elusif di sini

 

 

IKLAN

“Tasik Bakun berpotensi besar untuk menjadi syurga sport fishing. Tasik Bakun sememangnya sudah popular sebagai destinasi pancingan konvensional. Sedangkan pancingan moden atau urban seperti casting dan popping kurang menonjol.

Dengan penglibatan agensi pelancongan menyediakan pakej memancing, fasiliti yang lebih baik dan promosi yang lebih menyeluruh saya percaya Tasik Bakun akan lebih baik atau setidak-tidaknya setanding dengan aktiviti perikanan rekreasi di Tasik Kenyir, Tasik Temenggur dan tasik-tasik lain di semenanjung.”

 

Sementara bagi pihak agensi pelancongan Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd., Lionel Garry turut yakin dengan adanya pakej sukan memancing yang lebih tersusun, ia akan memudahkan pemancing-pemancing dari luar Sarawak terutamanya dari semenanjung berpeluang mengilat empurau, semah atau adong di Tasik Bakun.

Dengan adanya pakej sukan memancing secara tidak langsung ia akan meningkatkan pula pendapatan penduduk setempat yang memiliki jelatong (rumah terapung) dan sampan-sampan kecil untuk aktiviti penangkapan ikan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI