Pertandingan memancing Cabaran Bulan Oktober (Cabaran 150 Ranking Lumayan) Seri Bayu Tekala yang berlangsung di Kolam Seri Bayu Tekala, Semenyih, Ahad lalu menyaksikan cabaran sengit bermula dari siren permulaan sehinggalah siren penamat dibunyikan.

Sepadan dengan judul pertandingan iaitu Cabaran 150 Ranking Lumayan, ia sememangnya amat lumayan kepada para peserta yang berjaya menduduki ranking pertama sehinggalah ranking ke-150.  Dengan yuran penyertaan sebanyak RM 100, para peserta yang berjaya menduduki ranking pertama membawa pulang ganjaran tunai RM40,000 manakala peserta di kedudukan terakhir membawa pulang RM200.

PODIUM – Rezeki Tiga Beranak Di Seri Bayu Tekala

Pertandingan yang bermula tepat jam 8.30 pagi bermula agak perlahan yang menyaksikan ikan pertama yang dibawa ke meja timbang pada jam 8.44 pagi. Ikan pertama dari Kolam 1 seberat 8.925 yang didaratkan itu walau bagaimana pun hanya mampu berada di ranking ke-118.

Bahang Cabaran Bulan Oktober yang sebenar bermula pada jam 9.17 pagi apabila peserta yang mendaftarkan nama sebagai ABG TOCANG yang bertanding di Kolam 1 berjaya mendaratkan seekor patin seberat 15.200 kg.

IKLAN

PODIUM – Rezeki Tiga Beranak Di Seri Bayu Tekala

Kedudukan ABG TOCANG sebagai peneraju podium bertahan agak lama. Sedikit debaran berlaku apabila peserta yang mendaftarkan nama sebagai FENDI 1 mendaratkan spesies patin yang agak lumayan saiznya pada jam 11.27 pagi. Namun spesimen tersebut sekadar 14.075 kg sahaja dan gagal memintas ranking pertama.

IKLAN

PODIUM – Rezeki Tiga Beranak Di Seri Bayu Tekala

Tatkala tempoh pertandingan berbaki kurang dari sepuluh minit atau lebih tepat lagi pada jam 1.23 petang, suasana di Kolam Seri Bayu Tekala yang sedia hangat bertambah hangat apabila seorang remaja berusia 19 tahun yang mendaftarkan nama sebagai ANGRY BIRD berjaya mendaratkan seekor patin di Kolam 5 seberat 16.055 kg. Sekali gus berjaya memintas kedudukan pertama di podium.

IKLAN

ANGRY BIRD atau Shuffi Roisuddin yang hadir bersama abang dan bapanya menyahut Cabaran Bulan Oktober pulang dengan senyum lebar bersama wang tunai sekurang-kurangnya RM40,000.

PODIUM – Rezeki Tiga Beranak Di Seri Bayu Tekala

Keputusan Top 10 Carta

  1. ANGRY BIRD – Patin 16.055 kg (RM40,000)
  2. ABG TOCANG – Patin 15.200 kg (RM10,000)
  3. FENDI 1 – Patin 14.075 kg (RM5,000)
  4. KPMA 1 – Patin 13.795 kg (RM1,000)
  5. MAN 24 – Pacu 13.135 kg (RM500)
  6. MANDO – Pacu 12.820 kg (RM500)
  7. JPT 1 – Patin 12.755 kg (RM500)
  8. JEN – Patin 12.690 kg (RM500)
  9. PENYAMUN – Patin 12.575 kg (RM500)
  10. CHE SAN – Patin 11.960 kg (RM500)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI