Berkawan dengan pencuri, lama kelamaan kita akan jadi pencuri. Begitu jugalah dengan memancing, lama kelamaan kita tak terkena sengat juga. Ada juga orang yang berkata, selagi kita belum pernah terkena sengat ikan, tak kiralah apa jenis ikan yang bersengat, selagi itulah ilmu memancing kita tidak sempurna (tak sempurna pun tak sempurnalah… janji tak kena sengat. Hahaha).

Perkongsian sebelum ini ada menghuraikan jenis-jenis ikan yang bersengat namun tidak menyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika terkena sengat. Jadi, perkongsian kali ini mengumpulkan beberapa petua yang boleh dikaji keberkesanannya untuk dipraktikkan.

 

PETUA 1

Kalau terkena sengat ketika berada di daratan, segeralah pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk rawatan (ini bukan petua tapi panduan yang harus dilakukan sebenarnya)

PETUA 2

Buang atau cabut sengat (sekiranya masih tercucuk pada anggota tubuh). Kemudian picit atau tekan kawasan yang terkena sengat supaya bisanya keluar bersama darah. Selepas itu ambil ais dan tuam pada tempat yang terkena sengat. Tuam sehingga tempat tersebut terasa kebas atau hilang rasa denyutannya.

IKLAN

PETUA 3

Jika tiada ais, tampalkan biji asam jawa yang telah dihancurkan pada tempat kena sengat.

PETUA 4

Kunyah pucuk daun jemuju dan tekap atau tempel pada tempat yang terkena sengat (jangan telan air kunyahan daun ini kerana rasanya sangat pahit).

IKLAN

PETUA 5

Jiruskan air kencing pada tempat yang terkena sengat (air kencing rakan pun boleh kalau ketika itu tidak boleh nak kencing).

PETUA 6

Sesetengah bisa seperti sengat ikan kitang dikatakan boleh ditawarkan dengan melumur dakwat sotong dan dibiarkan sampai kering.

IKLAN

PETUA 7

Jirus cuka makan pada tempat yang terkena sengat. Dikatakan asid cuka dapat meneutralkan bisa sengat tersebut.

 

-Nota tambahan-

Dikatakan sengat ikan yang paling kuat bisanya ialah ketika air gerak pasang. Jika terkena sengat pada waktu ini bisanya seperti berganda kuatnya. Ia mungkin disebabkan ketika air bergerak pasang ini adalah waktu ikan asgresif mencari makanan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI