Peralatan memancing moden, bot dan pelbagai inovasi produk memancing memungkinkan kita menangkap ikan dengan lebih efisien hari ini.

Pemancing juga mempelajari tentang ikan dan menangkap ikan melalui program televisyen, bacaan buku serta majalah.

Terdapat juga kursus-kursus yang ditawarkan untuk mempelajari tentang perikanan dengan lebih khusus.

Jadi terdapat kemungkinan di mana pengeluaran stok ikan berlebihan mungkin berlaku pada satu-satu tempat.

 

Mengapa Ia Wujud?

 

Peraturan memancing membolehkan sesuatu tempat atau sumber itu dilindungi lantas memberikan peluang kepada kaki pancing untuk terus menikmati aktiviti memancing.

Kewujudan peraturan memancing akan memberikan faedah dan manfaat kepada ikan, sumber ikan dan manusia sendiri.

Biasanya peraturan memancing yang wujud berbeza mengikut negara dan terdapat sesetengah negara yang begitu menitikberatkan peraturan ini.

 

Kewujudan peraturan memancing secara lazimnya ialah bagi mengekalkan jumlah populasi ikan.

Biasanya, pakar biologi perikanan akan melakukan kajian bagi mengetahui populasi dan kesihatan ikan bagi sesuatu kawasan.

 

Bagi sesetengah negara, terdapat musim tertentu bagi aktiviti memancing. Ini bertujuan agar tidak mengganggu ketika musim ikan mengawan bagi mengekalkan kemandirian spesiesnya.

Had saiz tangkapan juga membolehkan ikan yang belum melepaskan telurnya agar tidak dipancing sesuka hati.

IKLAN

 

 

Had tangkapan dalam sehari pula bagi mengelakkan pemancing memancing secara berlebihan.

Ini membolehkan kita berkongsi agar semua pemancing dapat merasai peluang untuk menaikkan ikan.

Walaupun dilihat sukar, namun ia memberikan banyak manfaat jika setiap pemancing mematuhi peraturan yang diperkenalkan di sesuatu tempat.

 

Wacana : Pentingnya Peraturan Memancing Bagi Pemancing ®

 

Kajian Perikanan

 

IKLAN

Pakar biologi perikanan merupakan saintis yang menguruskan populasi ikan. Untuk memudahkan kerja mereka, mereka memerlukan sebanyak mungkin tentang faktor perikanan sesuatu kawasan.

Mereka juga cuba untuk memenuhi kehendak pemancing di samping mengekalkan sumber perikanan.

 

Bagi mengetahui jumlah tangkapan ikan, mereka memerlukan informasi daripada para memancing.

Terdapat juga kaedah lain seperti membuat sampling menggunakan jala atau pukat. Ada juga yang melakukan teknik tagging bagi mengetahui sifat dan populasi ikan.

 

Setelah itu, berbekalkan informasi yang ada mereka akan cuba menentukan kaedah terbaik bagi pemancing dan juga sumber perikanan itu.

 

Kewangan Sumber Perikanan

 

IKLAN

Bagi negara luar, tajaan kewangan bagi kajian perikanan dan sumber perikanan datangnya daripada pemancing itu sendiri.

Sesetengahnya datang daripada hasil pengeluaran lesen memancing dan ada juga datangnya daripada program tajaan kerajaan bagi pengurusan sukan memancing.

Sebarang cukai daripada pembelian alatan memancing atau bot juga akan disalurkan untuk tujuan perikanan.

Antara kegunaan dalam tujuan perikanan termasuklah pengurusan perikanan, kajian perikanan, program kesedaran alam sekitar, program pemuliharaan, program keselamatan perikanan dan juga program memancing.

 

Jenis Peraturan Memancing

 

Antara peraturan memancing yang wujud ketika ini termasuklah:

  • Had bagi berapa ekor ikan bagi setiap spesies yang anda boleh pancing dalam sehari
  • Permulaan dan pengakhiran tarikh bagi musim atau masa memancing
  • Had bagi jumlah tali atau mata kail yang anda boleh gunakan dalam sehari
  • Peraturan bagi alatan atau jenis pancingan yang boleh digunakan
  • Had saiz tangkapan

 

Wacana : Pentingnya Peraturan Memancing Bagi Pemancing ®

 

Peranan Pemancing

 

Bagi pemancing, mereka tahu yang mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam konteks perikanan. Selain itu antara peranan lain pemancing termasuklah:

  • Mengamalkan konsep tangkap dan lepas jika tidak memakan hasil tangkapan
  • Jika menangkap ikan yang telah ditandakan atau tagging, laporkan kepada agensi terlibat.
  • Selepas memancing, sila pastikan kawasan itu ditinggalkan dalam keadaan bersih
  • Tidak membuang sampah dan cuba bersihkan sampah yang ditinggalkan oleh orang lain.
  • Libatkan diri dalam program konservasi.
  • Memberikan informasi kepada pemancing lain.
  • Laporkan sebarang tindakan tidak bertanggungjawab.

 

Wacana : Pentingnya Peraturan Memancing Bagi Pemancing ®

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI