Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengait gewang (umpan tiruan) yang tersangkut pada wayar elektrik di Kampung Bukit Hanyut petang ​semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Sarwan Mohd Sabri,22, telah ke lokasi kejadian ​​​kira – kira jam 9 pagi untuk mengait gewangnya yang dikatakan tersangkut di situ sehari sebelumnya.

IKLAN

Beliau berkata, mangsa dari Kampung Bukit Temalong kemudian sendirian ke lokasi itu ​dengan membawa satu batang aluminium​ pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga petang.

IKLAN

“Keluarga mangsa hanya mengetahui kejadian itu pada jam 3 petang selepas dimaklumkan sepupunya yang dikenali sebagai Zulkifli mengenai kejadian tersebut. Abang tiri mangsa kemudiannya terus ke lokasi dan mendapati adik tirinya itu terbaring dalam sawah padi,” katanya kepada Sinar Harian.

IKLAN

(Sumber: Sinar Harian)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI