Batu ladung merupakan peralatan terminal yang amat penting khususnya bagi pancingan dasar. Antara lain fungsinya adalah untuk menghantar umpan ke spot yang dikehendaki.

Walau bagaimana pun batu ladung ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Beberapa panduan perlu dititikberatkan sama ada ketika membeli atau menghasilkannya sendiri.

 

➡  Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam.

Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.

IKLAN

 

➡  Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.

 

IKLAN

➡ Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.

 

➡  Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam.

IKLAN

Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.

 

➡  Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus.

Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI