Korang Tanya UMPAN Jawab (S4S12) – Pemilihan warna jig?

37

 

SOALAN : Admin, saya peminat teknik jigging. Masalahnya saya sering keliru dengan pemilihan warna jig. Boleh berikan tip untuk memilih warna jig?

 

JAWAPAN : Pemilihan warna jig sebenarnya bolehlah dikatakan agak subjektif. Sehingga kini, tiada satu pun formula yang boleh menetapkan warna-warna tertentu pada jig akan berjaya menjerat sesuatu jenis ikan. Contoh, jig warna hijau akan diambil gerepoh atau warna biru akan diambil spesies jenahak atau sebagainya.

 

Setiap pemancing mungkin mempunyai pendapat sendiri berdasarkan pengalaman sendiri atau pengalaman pemancing lain. Namun beberapa faktor mungkin boleh diambil kira ketika membuat pemilihan warna jig.

 

Antaranya ialah spesies sasaran serta keadaan cuaca yang mempengaruhi variasi pilihan warna jig seperti cerah, mendung, posisi matahari, keadaan air dan ombak serta kedalaman air. Perlu diingat  warna jig berbeza apabila bertindak balas dengan faktor bagaimana cahaya menembusi air.

 

Walau bagaimana saya mengesyorkan warna-warna pink, hijau, biru, serta silver harus ada di dalam bekas simpanan jig apabila turun berjigging. Untuk tip tambahan, anda bolehlah bertanyakan pada tekong. Lazimnya tekong ada formula sendiri pemilihan warna jig berdasarkan pengalaman mereka yang terbukti lebih luas.

Tinggalkan Komen