Boleh tak admin ceritakan sikit gewang jenis apa yang sesuai untuk trolling tapah?
JAWAPAN:
Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
IKLAN
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu.
Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
IKLAN
Walaubagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan.
Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
IKLAN
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif
daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bak kata orang bapak borek anak rintik. Ayahlah yang membawaku terjun ke dunia hanyir ni. Sejak kecil asyik ikut dia mancing segenap tempat yang dia terdaya bawa. Dia berenti mancing lebih 10 tahun sementara menunggu adik-adik membesar dan kini kami sama-sama terjun kembali ke dunia hanyir. Baik cerah, hujan, ribut di tengah laut mahu pun di atas darat, kami tetap mencari peluang utk memenuhi hobi ni bersama-sama dengan adik beradik serta abang ipar. Nasiblah kan lahir dalam keluarga hanyir. Hehehe…
– Fendy Ja’apar
Minat mancing masa bebudak lagi. Bermula dengan ikan puyu serta haruan di bendang. Kemudian bermula pula di pantai hinggalah terjebak laut dalam. Damai rasa hati bila dapat mancing… Alhamdulillah.
– Nazim Cik GP
Arwah ayah teman le yang ngajor. Idola teman tu. Seronok ngail ikan puyu umpan anak kronge… memory of another day.
– Amer Hamat
Saya mula terjebak dalam dunia hanyir sewaktu tadika dengan sepupu saya Capit Sharafi. Bermodalkan 30 sen (tali dan mata kail). Rod kami guna batang merding @ buluh. Alhamdulillah, sekarang pun masih setia dengan hobi yang hanyir nih. Ditambah pula dengan orang tua saya yang juga antara sebab utama saya terjebak dalam dunia hanyir.
– Farid Rosman
Kampung halaman pendorong kuat… maklum sajalah aku anak pulau. Jadi automatik memang gila mancing…. lagi pun tak payah bermodal besar nak mancing… memang sempoi ohhhh.
– Leeyast Nuryasrieaniq
Memancing… dari budak-budak lagi sampai la ni tak habis-habis memacak. Kekadang kolam kecik lupa nak pacak. Ops!
– Van Sewa Klpj
Hobi hanyir yang merapatkan aku, abang aku dengan bapak aku. Dulu sanggup gago ikan dalam lubang lumpur kalau ada air ditimba kalau tak boleh ditimba baru dipancing. Kalau balik kampung abah mesti kirim jaring ikan sepat. Bila abah seronok dapat pancing ikan aku pun jadi seronok…. buat masa ni abah pun dah 70 lebih tapi boleh lagi pergi mancing…. nanti cuti kita pergi mancing sama-sama ye abah….
– Norezwan Ahmad Tabot
Ikut pak cik mancing masa umur darjah 5… terus DNA mancing meresap kat dalam diri. Sampai sekarang masih tak jemu-jemu mancing.
– Ammar Drifter
Ibu dan ayah… ketika memancing di kolam arwah pak ngah n arwah mak ngah… sibuk memancing ikan talapia… tetiba saya menaikkan ikan haruan bagak… umpan cengkerik dan sulam cacing…. umur masa tu darjah 4.
– Khalid Hamzah
Minat sejak dari dalam perut mak lagi… hehehe. Mancing, jala ikan, jerat burung memang takkan luput dari jiwa aku…!
– Shahidan Pakdan
Baru suka mancing saat remaja… diajak kawan mancing di sungai dari atas pohon. – Jhon Jones
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
HAMIZ: Saya mula menjadi tekong pada usia 16 tahun. Namun pada ketika itu sekadar ke laut dengan keluarga dan tidak lagi menceburi bidang perkhidmatan sewaan bot.
Mula buat sewa bot pada usia 21 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
HAMIZ: Bermula dengan minat dalam dunia memancing laut kerana dikatakan mudah untuk mendapatkan ikan.
Dari situ mula terfikir untuk membuat sewaan bot dengan harga yang murah dan mampu bayar kerana ramai di antara kita bukan tak nak memancing di laut, tetapi memikirkan kos sewaan yang tinggi.
Saya sendiri dulu pun sangat-sangat nak mencuba memancing di laut, tetapi memikirkan kos semuanya dibiarkan berlalu pergi.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
HAMIZ: Mana-mana orang pun kalau ditanya berkaitan rintangan dan halangan, ramai yang akan cakap pasal duit, kan?
Sama juga dengan saya, cita-cita nak ada bot lagi besar yang boleh bagi keselesaan pada customer.
Bot yang lagi besar akan menelan belanja yang besar, kos sewaan terpaksa dinaikkan dan mungkin akan membebankan pula penyewa yang kurang berduit.
Jadi, mungkin lebih elok ada 2 jenis bot… satu yang ekonomi, satu yang VIP. Jadi customer boleh pilih ikut kemampuan.
InsyaAllah, kalau diberikan rezeki saya akan beli lagi sebuah bot yang lagi besar.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis dan pahit.
HAMIZ: Pengalaman pahit sejak menjadi seorang tekong adalah pernah membawa crew ke pelantar minyak di perairan Terengganu.
Beberapa hari sebelum kejadian, cuaca amat baik dan air laut tidak berombak membuatkan kami merancang ke sana.
Petang sebelum ke sana, saya telah ke unjam laut Redang untuk mencari ikan selayang sebanyak mungkin untuk dijadikan umpan.
Perjalanan ke unjam memakan masa lebih kurang sejam saja kerana cuaca amat baik.
Setibanya waktu malam, kami mula memasak di atas bot untuk dimakan. Ikan-ikan yang telah dipancing kemudian digoreng.
Tiba-tiba cuaca mula berangin dan kelihatan seperti ribut sedang berlaku di kawasan Pulau Perhentian. Kami masih bertahan dan menggandakan ikatan tali pada buluh unjam.
Lama kelamaan angin semakin kuat dan ombak semakin tinggi sehinggakan kami tidak lagi mampu bertahan jika bermalam di situ.
Saya mengambil keputusan berpatah balik ke Pulau Redang untuk berlindung dari ribut.
Hampir 2 jam memandu bot dalam ribut, saya berjaya memasuki kawasan pulau dan di situ air dalam keadaan tenang untuk berlabuh.
Keadaan di dalam bot amat teruk kerana semua barang yang ada habis berselerak akibat kuat dibadai ombak.
Kami mula menyimpan alatan tersebut dan mula memasak kerana amat lapar. Semua dalam kesejukan dan tidur dalam hujan.
Pada keesokan harinya jam 6.30, kami bertolak ke pelantar minyak. Jarak dari Pulau Redang ke sana lebih kurang 58 km dan memakan masa 2 jam kerana cuaca masih teruk. Kami teruskan juga kerana ingin merasai tarikan ganas penghuni di sana.
Malangnya, belum sempat kami menghampiri kawasan spot, kami telah dihalau oleh bot di sana.
Hon dibunyikan beberapa kali bagi memberi amaran tegas bahawa kami tidak boleh menghampiri kawasan tersebut.
Perasaan letih dan kecewa sukar digambarkan kerana kami terpaksa berpatah balik. 2 jam berdiri memandu bot, tambah lagi 2 jam pusing pulang mencari spot sekitar laut Pulau Yu amat meletihkan.
Akhrnya kami sampai semula di perairan Pulau Redang sekitar jam 1 tengahari.
Malangnya skali lagi ikan tidak seperti biasa. Selalunya jika menggunakan teknik bottom di kawasan itu, spesies ebek, cermin, kerapu yang saiz besar senang dipancing tapi kami hanya dapat kerisi saiz baby.
Selepas puas ke beberapa spot yang ada tapi tiada ikan, saya ambil keputusan untuk mencari spot kerisi kerana itulah saja cadangan terakhir jika ikan-ikan gred A sukar menjamah umpan.
Setibanya di jeti, masa untuk crew membayar sewa. Walaupun berat untuk membuat keputusan, saya terpaksa demi rakan-rakan seperjuangan saya hanya minta bayaran
RM300 kesemuanya untuk menampung separuh kos minyak, kos yang lain saya tanggung. Sepatutnya kos ke pelantar minyak mencecah RM1200-RM1500.
Pengalaman manis saya adalah semasa nak start beli bot baru. Ada cerita kat wife yang hasrat nak beli bot besar sikit sebab nak bawak orang pergi memancing hujung minggu.
Wife kata ok je. Tapi masa tu takde duit pun. Kebetulan ada sepupu sent gambar bot nak jual dalam group Whatsapp, bot ada di Rompin.
Masa tu saya bertugas di Pintu Masuk Bukit Bunga, Jeli. Cakap dekat wife ada bot nak dijual, cantik… tapi duit takde. Wife cakap kalau nak, pergi tengok dulu pun ok jer.
Saya terus ambil cuti lepas tu ke Kuala Rompin. Sampai kat sana terus test bot, memang ok. Tak cakap banyak, bot ni memang ok dan harga last yang owner bagi amat berpatutan.
Wife pun minta nombor akaun bank, dia tranfer duit full untuk bayar bot. Fuhhh… memang rasa macam nak gila masa tu, dapat puluh-puluh ribu buat beli bot.
Terus cari carrier untuk bawa balik bot. Dengan bot itulah saya mula mempelajari teknik jigging yang semakin terkenal pada masa tu.
Setiap hari minggu memang penuh jadual ke laut. Tapi jodoh dengan bot tu sempat pakai setahun je, ada rezeki tukar bot lain dan bot tu dijual.
Saya baru saja diracuni oleh rakan-rakan supaya mencuba teknik jigging kerana sebelum ini saya hanya memancing di muara sungai saja. Boleh tak terangkan sedikit persiapan untuk teknik jigging ini?
JAWAPAN:
Tahniah kerana anda berhasrat untuk meningkatkan teknik memancing ke peringkat seterusnya. Namun saya tidak pasti sama ada ada sudah biasa memancing di muara itu menjurus kepada konsep memancing apa.
Sekiranya memancing di muara dengan menggunakan sampan atau bot kecil maka untuk beralih ke jigging tidaklah menjadi sesuatu yang sukar. Tetapi sekiranya lebih banyak memancing di tepian atau menebing, sememangnya banyak persediaan yang perlu dipersiapkan.
Perkara pertama dan utama untuk jigging adalah anda haruslah persiapkan diri dengan situasi memancing di atas bot. Perlu bersedia untuk berhadapan dengan masalah mabuk laut. Sekiranya ia dapat dilalui dengan mudah maka dengan mudah juga anda akan menguasai teknik jigging yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang rumit untuk dipelajari.
Persiapan dan tip untuk jigging bergantung kepada beberapa keadaan seperti teknik yang akan digunakan, spesies target dan keadaan lapangan pancing (struktur dan kedalaman air). Secara umumnya, bergantung kepada lokasi dan spesies target, anda boleh mengagak teknik yang akan digunakan seperti slow atau high pitch, light ataupun fast jigging seterusnya menentukan berat dan jenis jig yang perlu disediakan dan kekuatan set pancing yang akan diguna pakai.
Selain itu, sediakan pakaian yang sesuai dan bersedia untuk hadapi cuaca panas terik dan peralatan pancing yang berbeza (yang mungkin belum anda miliki sebelum ini) seperti seperti joran untuk slow jigging dan light jigging, jig untuk slow dan fast jigging, assist hook dan sebagainya.
Persediaan dari segi mental juga amat penting seperti dapatkan tidur yang cukup, makanan seimbang sebelum turun ke laut bagi mengelakkan mabuk dan yang paling penting tanya terlebih dahulu tip daripada tekong yang anda akan gunakan servisnya kerana tekong lebih memahami keadaan lubuk mereka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...