SOALAN:

Saya dapati kebanyakan orang jigging dan bottom ikan jenahak. Boleh tak ikan jenahak ni dipancing dengan kaedah casting atau mengilat menggunakan gewang?

 

JAWAPAN:

Tentu sahaja boleh! Sebagaimana ikan siakap, siakap merah dan kerapu, ikan jenahak juga boleh dipancing dengan kaedah casting menggunakan gewang.

IKLAN

Bagaimanapun, teknik ia hanya sesuai di kawasan air cetek (kedalaman kurang kira-kira 14 meter) dengan kadar penglihatan dalam air yang baik.

Antara kawasan air cetek yang sesuai untuk aktiviti mengilat adalah muara sungai, tepian pulau berbatu, reba dan kawasan tukun persisiran pantai cetek.

 

IKLAN

Pada hemat penulis, mengilat ikan jenis gred A lebih berjaya di kawasan yang jarang dikunjungi pemancing.

Gewang untuk kegunaan mengilat perlu diselaraskan mengikut kedalaman air kawasan sekitar.

Jenahak disifatkan ikan demersal atau pemangsa dasar. Jadi, gewang perlu berenang jauh ke dasar bagi menarik minat jenahak untuk menyambarnya.

IKLAN

 

Kini pemancing lebih menjurus menggunakan kepingan besi (jig) kerana keupayaannya meneroka di kawasan air yang lebih dalam.

Jenahak yang besar gemar mendiami atau bersembunyi kawasan air dalam. Jig berbanding gewang ia dapat memberi persembahan yang lebih unik.

Keunikan jig ialah ia boleh digunakan sama ada siang dan malam tidak kira air besar, air mati, arus perlahan, arus laju semua tidak memberi masalah kepada penggemar jig. Namun jenis dan saiz jig mestilah bersesuaian.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI