Pacu atau nama saintifiknya Colossoma macropomum merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai daya pecutan dan larian yang sangat deras dan kuat.

Pemecut deras ini cukup digemari di kalangan kaki pancing kerana keupayaannya larian derasnya yang mampu membuatkan kaki pancing mengeluarkan tenaga yang lebih untuk mengekangnya biarpun saiz yang biasa-biasa sahaja.

 

Di Malaysia, spesies ikan daripada keluarga Serrasalmidae ini bukanlah spesies natif di sini, namun hari ini, pacu boleh dipancing di merata-rata tempat.

Spesies dari susur galur piranha ini gemar memakan umpan dan melakukan pecutan deras secara tiba-tiba hinggakan membuat kaki pancing yang tidak bersedia akan terpinga-

pinga, lebih-lebih lagi andai hanya mampu melihat set pancing sendiri membuat terjunan tiruk ke dalam air.

 

Jarang sekali kedengaran spesies pacu dijadikan juadah yang enak di kalangan pemancing Malaysia, namun spesies yang berasal dari Amazon ini kerap dijadikan spesies target dek kerana kekuatan pecutannya.

Tanyalah mana-mana kaki pancing, pecutan menakjubkan si peragut akuatik ini pastinya menjadi sebab utama untuk pemancing menghulur umpan untuk diratah oleh spesies rakus ini.

 

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

TABURAN SPESIES

 

Spesies pacu boleh ditemui di kawasan natif mereka iaitu di Amerika Selatan. Spesies yang lebih dikenali dengan nama tambaqui di sana boleh ditemui dihampir kebanyakan

Lembah Amazon dan Lembah Orinoco. Kedua-dua lembah atau lembangan ini merangkumi negara seperti Colombia, Brazil, Peru dan Bolivia.

 

Begitu pun, hari ini spesies ini boleh ditemui di beberapa buah benua lain dengan status ikan alien yang mana spesies ini dibawa masuk dan diperkenalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja di kawasan perairan lain terutama di negara Asia dan Asia Tenggara.

 

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

MORFOLOGI

 

Bagi morfologi spesies pacu, bentuk am spesies ini hampir menyerupai spesies ikan piranha malahan kadangkala sering kali disalah anggap sebagai spesies karnivor itu.

IKLAN

Bagi seekor ikan pacu,  kebanyakannya lebih tinggi jika diukur badannya berbanding piranha selain mempunyai badan yang lebih menipis dan mampat secara lateralnya.

 

Bahagian matanya pula agak besar selain mempunyai bentuk yang sedikit melengkung sudutnya di bahagian belakang berbanding piranha.

Warna badannya pula biasanya berwarna kelabu hingga hitam bermula daripada bahagian atasnya dan beransur pudar apabila menghampiri kawasan bawah perut dan kepalanya menjadi warna putih atau merah.

Spesies ini juga mempunyai sirip adipos dan kesemua sirip berwarna hitam selain sirip pektoral yang agak kecil.

 

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

Selain itu, antara ciri-ciri utama seekor pacu yang sering kali diperkatakan oleh pemancing ialah bahagian giginya.

Pacu mempunyai set gigi yang agak unik berlainan daripada ikan lain. Set gigi pacu agak besar dan lebih menyerupai set gigi geraham milik manusia.

Gigi ini menjadi ancaman utama untuk memutuskan perambut lantas mengecewakan ramai pemancing.

 

Spesies pacu mempunyai daging yang padat dan hanya 10% daripadanya merupakan lemak.

Saiz normal ikan ini mampu mencapai panjang sehingga 1 meter dan berat 20 kg, tetapi dalam persekitaran tertentu mampu mencapai berat hingga 40 kg.

Rekod tangkapan pacu menggunakan pancing yang diiktiraf IGFA pula dipegang oleh Jorge Masullo de Aguiar dari Brazil dengan tangkapan seberat 32.4kg.

 

IKLAN

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

HABITAT DAN EKOLOGI

 

Bagi C. macropomum, secara biologi spesies ini lebih gemar bergerak secara solo. Habitat utama bagi pacu ialah alur sungai utama, kawasan tadahan banjir, empangan serta kawasan tasik.

Jika musim banjir, spesies ini akan bergerak ke kawasan yang mempunyai tumbuhan terutama bagi juvenil kerana kawasan ini lebih selamat daripada pemangsa serta mempunyai sumber makanan yang banyak.

Jadi, spesies ini cenderung untuk memilih kawasan habitat yang tak terlalu dalam, berarus perlahan dengan banyak tumbuhan akutatik di sekitarnya.

 

Pacu merupakan spesies ikan air tawar dan tidak toleran kepada saliniti yang tinggi. Saliniti melebihi 10ppt akan mengakibatkan ketidakseimbangan parameter hematologi seperti kadar pertukaran makanan, berat dan kadar tumbesaran.

Jika terdedah kepada salitini lebih 10ppt, kemungkinan besar spesies ini akan mati.

 

Begitu pun, pacu mempunyai kadar survival air tawar yang agak kuat selain mempunyai daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.

Jika dalam persekitaran air yang mempunyai oksigen terlarut yang rendah, pacu mampu mengambil udara secara terus di permukaan.

 

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

IKLAN

 

DIET

 

Pacu merupakan spesies ikan maserba yang memakan apa sahaja. Namun, dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik yang mereput atau mati sebagai diet utama.

Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.

 

KEPENTINGAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

 

Di dalam sektor akuakultur, pacu atau tambaqui ini merupakan spesies yang agak penting di beberapa buah negara kerana keupayaannya hidup dalam persekitaran air yang rendah kualitinya selain daya resistan yang tinggi terhadap penyakit.

Spesis ini diternak secara komersil untuk dipasarkan secara sejuk beku atau segar. Antara negara yang mempunyai kepentingan ekonomi bagi spesies ini ialah Brazil dan Thailand.

 

Kenali Spesies Bawal Air Tawar (Pacu)

 

TAKSONOMI

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Characiformes

Family : Serrasalmidae

Genus : Colossoma (C. H. Eigenmann & C. H. Kennedy, 1903)

Species: Colossoma macropomum (G. Cuvier, 1818)

Nama Lain : Pacu, Black pacu, Tambaqui, Chacama

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI