Unique outside knot ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuhlah ikatannya. Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut sulam.
Step 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Step 2
Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.
IKLAN
Step 3
Selitkan hujung tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi
Step 4
IKLAN
Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali
Step 5
Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk.
IKLAN
Step 6
Kemaskan ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.
Step 7
Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Resepi ikan stim ni aku dapat Ketika tengah memancing di laut. Kebetulan hari itu gasak ikan patipok aka pecah periuk. Sebenarnya aku tak pernah makan ikan ni jadi tak tahu masak apa sedap. Akhir member sepemancingan yang berikan aku resepi ni. Balik dari trip terus aku buat. Dia punya sedap… perghhh! Jom layan patipok masak stim dari pemancing untuk pemancing.
Bahan-bahan keperluan
Seekor patipok sederhana besar
Halia (diracik halus)
Bawang putih (diracik halus)
Bawang Holland (potong 4)
Limau kasturi (ambil air perahan tanpa biji)
Daun limau purut (buang tangkai/urat)
Tomato (potong 4)
Daun ketumbar (diracik halus)
Air asam jawa
Gula
Ajinomoto
Garam
Cara masak
Pertama sekali kena cuci ikan bersih-bersih. Patipok ni nampak huduh dan buruk tapi bila dah siang dan cuci bersih nampak lebih kurang macam ikan sisik lain.
Kukus ikan dengan sedikit air asam jawa.
Masuk semua bahan tadi ke dalam lebihan bancuhan air asam jawa.
Bila ikan dah 70% masak, masukkan air asam yang dicampur dengan bahan-bahan tadi ke dalam periuk kukus. Biarkan ikan terus dikukus lagi 10-15 minit atau sampai masak. Dah pun siap! Senang, cepat dan sedap ya amat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kreh knot merupakan salah satu contoh ikatan bagi menghubungkan perambut dengan terminal tackle seperti gewang tanpa menggunakan klip atau kili. Ia merupakan ikatan terbaik jika anda menggunakan tali mono untuk mengilat.
Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Tutorial 3
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Tutorial 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Tutorial 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Tutorial 7
Tutorial seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...