Pulau Bunting tidak berpenghuni, namun pernah ada kubur di bahagian tengah pulau ini, kerana masyarakat di tanah besar dahulu akan menguburkan jenazah di sini.

Pada tahun 2003, Majlis Agama Islam Kedah telah memindahkan kubur di Pulau Bunting ini ke tanah daratan.

 

»  Berhampiran Pulau Bunting, terdapat beberapa pulau seperti Pulau Song Song, Pulau Telor dan Pulau Bidan.

 

»  Selain panorama laut lepas, pemandangan indah Gunung Jerai dapat dilihat dari atas jambatan.

 

»  Panjang jambatan merentasi tanah besar dengan Pulau Bunting ialah 2.3 km dan 13 meter lebar.

 

»  Antara ikan yang biasa diperolehi kaki pancing di sini senangin, pari, siakap merah, loban, yu, kuku, kerapu, alu-alu, talang dan banyak lagi.

 

Pulau Bunting – Destinasi memancing penuh mistik?

 

Bagaimana ke sini?

IKLAN

 

Dari Sungai Petani, anda hendaklah mengikut tanda arah ke Yan iaitu dengan mengikut arah kiri di simpang empat, Pekan Guar Chempedak.

Dari Pekan Guar Chempedak, anda perlu meneruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan sebuah simpang empat di Pekan Yan.

 

Dari situ anda bolehlah mengikuti papan tanda yang menunjukkan arah ke Pulau Bunting. Anda akan melalui jalan yang tidak berturap sebelum sampai ke kawasan jambatan yang menuju ke Pulau Bunting ini.

 

Padang Pancing

 

Di daerah Yan, pancingan tenggiri di tuas memang sudah cukup terkenal. Tinggal hasilnya banyak atau sikit sahaja yang menjadi kayu pengukur trip itu lumayan, biasa atau gagal.

IKLAN

 

Jika pernah datang ke sini, ke Jeti Kuala Dulang, mesti anda akan perasan terdapat beberapa buah pulau yang terbentang di depan mata.

Salah satu daripanya pasti akan menggamit perhatian anda kerana terdapat sebuah jambatan yang pulau dengan tanah besar.

Agak-agaknya apa yang ada di pulau bernama Pulau Bunting itu. Jambatan tu pula, nampak macam best jer, macam spot mancing jer!

 

Pulau Bunting – Destinasi memancing penuh mistik?

 

Ya memang betul, Pulau Bunting adalah spot terbaik untuk kaki-kaki pancing terutamanya pancingan bottom (atas jambatan) dan casting (tepian pulau).

 

IKLAN

Sesiapa saja yang berkunjung pasti akan dihidangkan dengan panorama kaki pancing tidak kira tua dan muda begitu setia menantikan umpan yang dilabuhkan disambar ikan.

 

Menurut pemancing tempatan, permulaan jambatan Pulau Bunting menjadi spot pancingan yang popular bagi memburu ikan semilang dan juga gelama.

Bahkan ada juga nelayan yang menjadikan pinggir pantai berhampiran jambatan ini untuk memukat dan juga menjala ikan belanak.

 

Untuk memancing semilang, tidak perlu melontar jauh, cukup hanya dengan menghulurkan

umpan umpun-umpun atau isi udang ke bawah melalui saluran air dan tunggu ikan makan. Kemudian tarik naik ke atas.

 

Dikatakan tiga spesies ini boleh diperolehi dengan banyaknya jika kena pada airnya.

Manakala di bahagian tengah jambatan pula, terdapat lokasi yang terbaik untuk memburu ikan-ikan gred A seperti senangin, kerapu, jenahak dan pelbagai spesies lain.

 

Pulau Bunting – Destinasi memancing penuh mistik?

 

Di bahagian pulau pula, lain ceritanya. Keadaan sekitar pulau yang berbatu ini dikatakan menjadi kawasan persinggahan ikan-ikan seperti alu-alu, talang dan GT.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI