SPESIES 6

 

Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus

Nama umum : Mangrove jack

Nama tempatan : Kakap merah, tambong

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri 2)

Ikan kakap merah atau lebih dikenali sebagai MJ (Mangrove jack) di kalangan para pemancing. Ikan Kakap merah bersaiz juvenil kebiasaannya akan tinggal di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Kemudian apabila telah matang, ikan ini akan berhijrah kelautan lepas. Waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan ini kerana ikan ini amat aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.

Umpan: Umpan sotong dan kembung hidup amat popular untuk menjerat ikan ini. Walaupun begitu, hirisan isi ikan dan umpan ikan hidup juga dikatakan efektif untuk dijadikan umpan.

 

SPESIES 7

 

Nama saintifik: Symphorus nematophorus

Nama umum: Chinamanfish

Nama tempatan: Raja Sayang

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri 2)

IKLAN

Ikan merah mentimun Chinaman atau lebih dikenali sebagai ikan Raja Sayang di kawasan Pantai Timur semenanjung amat sukar diperolehi pada masa kini. Ikan ini yang amat bernilai tinggi ini sering kali menjadi sasaran nelayan dan pemancing. Ikan ini tinggal di kawasan perairan lubang dan karang berpasir yang mempunyai ke dalaman 60-100 meter sahaja. Akibat sering menjadi sasaran, ikan ini kini telah menjadi semakin berkurangan di perairan kita. Pemancing perlu pergi jauh sehingga 200 batu dari pantai untuk menemui spesies ikan ini.

Umpan: Memancing ikan Raja Sayang tidak terlalu susah. Umpan yang sama yang digunakan untuk memancing ikan merah boleh digunakan. Cuma populasi ikan ini yang sukar ditemui menjadikan ikan ini sukar ditangkap.

 

SPESIES 8

 

Nama Saintifik : Plectropomus pessuliferus

Nama umum : Roving coralgrouper

Nama tempatan : Kerapu pisang, kerapu sunuh

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri 2)

IKLAN

Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran mewah dan hotel-hotel.

Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.

 

SPESIES 9

 

Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus

Nama umum: Giant grouper

Nama tempatan: Kertang

IKLAN

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri 2)

Kertang amat sinonim di kolam pancing air masin. Di sana ikan kertang digelar sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan. Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa. Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dipelihara oleh pengusaha ikan sangkar kerana permintaannya yang tinggi dari kolam pancing air masin komersial. Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.

Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan di lahapnya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan de depan muka. Pemancing perlu tahu kedudukan atau lubuk yang tepat untuk memancing ikan pemalas ini. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak. Sama seperti kerapu boron, ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.

 

SPESIES 10

 

Nama Saintifik: Lutjanus sebae

Nama umum: Red Emperor

Nama tempatan: Merah coreng

Info Spesies – Spesies Ikan Gred A (Siri 2)

Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar. Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.

Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI