Secara global, ikan toman lebih dikenali sebagai giant snakehead atau giant mudfish. Dengan identiti bentuk kepala seperti kepala ular, ikan toman merupakan spesies yang berada di dalam genus Channa dan di dalam famili Channidae, dengan memegang nama saintifik Channa micropeltes. Ikan pemangsa air tawar yang terkenal dengan aksi ganas, kekuatan dan stamina ini merupakan spesies natif atau spesies ikan asal di negara kita.

Info Spesies – Kenali Toman the Giant Snakehead
channa micropeltes

Dari aspek populasi, taburan ikan toman sangat meluas terutama di kawasan Asia Tenggara bagi kebanyakan lokasi taburan di Asia Tenggara, ikan toman merupakan spesies natif kepada tempat ini. Lembah Sungai Mekong dan Chao Phraya, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera merupakan antara kawasan yang mempunyai taburan ikan toman.

Selain itu ikan toman juga terdapat di Eropah dan Amerika Syarikat walaupun bukan merupakan spesies asal. Kesan daripada aktiviti manusia yang memperkenalkan spesies ini ke perairan di sana, beberapa tempat dikatakan telah didominasi oleh spesies berkepala ular ini. Antara kawasan tersebut termasuklah Wisconcin, Maryland dan Virginia.

Info Spesies – Kenali Toman the Giant Snakehead

IKLAN

Ikan toman merupakan spesies yang hidup di perairan air tawar. Toman biasanya boleh dijumpai di sungai-sungai bertanah rendah, paya, tasik dan terusan. Bagi toman juvenil, biasanya akan bergerak dan memburu mencari makanan secara berkumpulan.

Seperti yang ramai sedia maklum, anak-anak toman berwarna merah dan bergerak berkumpulan. Pergerakan ini biasanya diawasi oleh sepasang induk toman bagi mengelakkan anak-anak ikan ini menjadi mangsa serangan kepada pemangsa lain. Selepas lebih kurang dua bulan, warnanya akan berubah menjadi warna oren dengan jalur hitam akan muncul pada garisan lateral.

IKLAN

Info Spesies – Kenali Toman the Giant Snakehead

Apabila semakin membesar, ikan toman akan kehilangan warna merahnya dan jalurnya akan pecah dan akan menghasilkan corak seakan batik pada badannya. Warna merah pada badannya akan hilang dan akan menjadi warna biru kehitaman pada bahagian atas ikan ini.

IKLAN

Ikan toman merupakan spesies yang paling agresif berbanding 35 spesies snakehead yang lain. Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih enam kaki dan berat mencecah 20 kilogram selain mempunyai rahang yang kuat dan barisan gigi yang tajam seperti pisau.

Info Spesies – Kenali Toman the Giant Snakehead

Ikan toman biasanya memburu ikan yang lebih kecil daripadanya sebagai diet makanan utama. Selain ikan, toman juga kadangkala menjadikan krustasea sebagai dietnya. Apabila musim mengawan, ikan toman akan memilih kawasan yang mempunyai tumbuhan akuatik yang agak banyak sebagai tempat melepaskan telur.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI