Info Ringkas Padang Pancing – Tasik Bakun

42

 

Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik dibina merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 meter dari paras laut.

 

Ia juga merupakan empangan kedua terbesar di Asia selepas empangan Three Gorges di China, dengan kawasan tadahan seluas 14,750 kilometer persegi.Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

 

Projek empangan ini telah bermula sekitar tahun 1960 namun hanya berjaya di terus pada percubaan ketiga. Empangan Bakun tergendala pada 1998 berikutan krisis ekonomi Asia Tenggara 1998. Hujan hujan Tropika seluas negara Singapura akan ditenggelamkan. Luas Permukaan air 695 KM persegi (perbandingan Singapura 710km persegi)

 

Pembinaan Empangan Bakun ini mengakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.

 

Tinggalkan Komen