Ebek atau diamond trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack, daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae.

Carangidae pula merupakan jenis ikan perciformes dalam suborder yang digelar Percoidae. Secara saintifiknya, taburan spesies ebek tertumpu di kawasan tropika seperti Lautan Hindi

dan Barat Lautan Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asia Tenggara, utara Jepun hingga ke Selatan Indonesia serta utara Australia.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Ebek ®
ebek bulat

 

Dari segi morfologi luaran ikan ebek, spesies ini mempunyai bentuk kebiasaan pada spesies ikan jack.

Badan ikan ebek mempunyai bentuk bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat.

IKLAN

 

Pengenalan utama bagi spesies ebek boleh diperhatikan pada bahagian kepalanya yang mempunyai bentuk sedikit cekung berhampiran matanya yang membezakannya dengan saudara terdekat dalam genus Alectis.

 

Lazimnya, ikan ebek akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus laut.

IKLAN

Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Ebek ®
ebek juvenil

 

Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan.

IKLAN

Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.

 

Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.

Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Ebek ®
ebek kapak trofi

 

Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang. Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI