Hadiah bernilai RM44,000 bakal menjadi rebutan kaki pancing dalam pertandingan memancing GP KOPDBKL siri ketiga di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala lumpur, Ahad ini.

Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dikendalikan Wakjali Event Management selaku Pengurus Acara.

Hadiah bernilai RM44,000.00 menanti pemancing
Datuk Ibrahim (kiri) dan Datin Dr Noor Akma melepaskan ikan ke Tasik Ampang Hilir.

Ia menawarkan hadiah wang tunai RM36,900 dengan juara akan membawa pulang wang tunai RM20,000. Naib juara akan menerima RM6,000 dan ketiga menerima RM3,000. Pemenang ke-4 bakal menerima RM500, tempat ke-5 sebanyak RM400, ke-6 hingga ke-10 RM250.00, ke-11 hingga ke-20 RM200, ke-21 hingga ke-35 sebanyak RM150 dan ke-36  hingga ke 50 sebanyak RM100.

IKLAN

Selain hadiah wang tunai, penganjur juga menawarkan sebuah motosikal Modenas Kriss sebagai hadiah cabutan bonanza selain 20 hamper untuk cabutan bertuah. Yuran penyertaan sebanyak RM50 untuk satu joran. Penganjur turut menawarkan 500 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Hadiah bernilai RM44,000.00 menanti pemancing
Sidang media yang dilangsungkan

Sebagai simbolik pertandingan, penganjur melepaskan ikan rohu dan pacu ke Tasik Ampang Hilir, baru baru ini. Majlis disempurnakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Dato’ Ibrahim Yusoff. Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Datin Dr Noor Akma Shabuddin dan wakil KOPDBKL.

IKLAN

Kauter pendaftaran dibuka di Pejabat KOPDBKL bermula 20 September lalu hingga 6 Oktober 2017, manakala kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 12.00 tengahari, Sabtu ini.

IKLAN

Juara keseluruhan GP KOPDBKL 2017 akan menerima sebuah kereta Proton Persona bernilai lebih RM50,000.00. Naib juara akan menerima Motosikal Modenas Kriss, ketiga menerima TV LED 60 inci, keempat (TV LED 50 inci) dan kelima (TV LED 40 inci)

Pertandingan ini adalah unik di mana penganjur menetapkan pemenang pertandingan ditentukan daripada mata yang dikumpul daripada seekor ikan yang ditimbang pada hari pertandingan.

Hadiah bernilai RM44,000.00 menanti pemancing
Antara spesies yang ada di Tasik Ampang Hilir
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI