Atlantic Bluefin Tuna

Salah seorang pemancing terhebat sepanjang masa, Paulo Amorim yang berjaya mendaratkan marlin biru Atlantik terbesar.

Rekod tangkapan mersuji dengan berat 1,402lb pada skala. Rekod marlin ditangkap menggunakan gewang Lure Moldcraft dengan trolling di perairan Vitoria, Sepanyol.

 

Pacific Blue Marlin

Pacific blue marlin terbesar yang berjaya didaratkan datangnya dari Kaaiwi Point pada tahun 1982 oleh Jay de Beaubien. Marlin ditewaskan dengan teknik trolling dengan Kita Bait adalah seberat 1,375lb.

 

Swordfish

Swordfish atau ikan pedang (todak) terbesar yang ditangkap dan tercatat memiliki berat 1,182lb. Louis Marron adalah pemancing yang berjaya menarik keluar swordfish raksasa dari Iquique, Chili Utara pada tahun 1953 menggunakan trolling dengan bonito sebagai umpan.

 

IKLAN

Yellowfin Tuna

Pada 2012, Guy Yocom menangkap yellowfin tuna (aya sirip kuning) terbesar yang pernah dicatat. Ikan besar ini ditangkap di perairan Cabo San Lucas, Mexico.

Menggunakan joran Melton dan umpan hidup  potongan ikan, Guy Yocom mampu mendaratkan tuna besar dengan berat 426lb.

 

 

Tarpoon

Max Domecq pada tahun 2003 berjaya menangkap tarpon (ikan bulan) terbesar yang tercatat dengan berat 286lb. Monster besar ini ditangkap di perairan Rubane. Max menggunakan belanak sebagai umpan dengan teknik pancingan biasa.

IKLAN

 

Pacific Sailfish

Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan ikan lautan Pasifik terbesar yang pernah tercatat. Seekor Sailfish raksasa seberat 220lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.

 

 

Wahoo

Wahoo terbesar yang pernah ditangkap adalah dari Cabo San Lucas, Mexico dan rekod dunia ini dipegang oleh seorang wanita, Sara Hayward.

IKLAN

Pada tahun 2005, Sara bertarung dengan wahoo seberat 183lb melalui teknik trolling dan rekor ini masih belum terkalahkan.

 

Dorado

Rekod dunia tangkapan dorado (belitong) dibuat oleh Manuel Salazar pada tahun 1976. Beliau mengungguli dorado raksasa dengan berat 86lb dari Teluk Papagayo di Costa Rica.

Metode yang digunakan dalam catatan ini teknik trolling, dengan menggunakan skirt tundaan.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI